JAKARTA, 4 September 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof telah selamat tiba di Jakarta.
Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta dalam sesi lawatan kerja rasmi beliau mulai hari ini hingga 6 September 2024. Beliau hadir dan menyampaikan ucaptama di Indonesia International Sustainability Forum 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia pada 5 – 6 September 2024 atas jemputan Kerajaan Indonesia.
“Selaku Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), saya akan menyampaikan ucaptama di ISF 2024 bagi menzahirkan pendirian Malaysia dalam menunjukkan komitmen aktif dalam agenda kemampanan dan kelestarian dalam mitigasi iklim melalui perluasan penggunaan tenaga boleh baharu di peringkat nasional dan serantau. Ini termasuk dalam aspek coal phasing-out yang penting untuk diketengahkan di forum antarabangsa seperti ISF 2024.
Ia juga menunjukkan ketersediaan Malaysia dalam melaksanakan peralihan secara lestari kepada para pelabur asing agar boleh meningkatkan keyakinan mereka untuk membuat pelaburan di Malaysia, sekali gus mendorong para pelabur menyempurnakan agenda kemampanan dan matlamat Environmental, Social and Governance (ESG).
Saya berkeyakinan forum ini bakal memperkukuh imej dan peranan Malaysia dalam agenda kelestarian dan kemampanan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam visi peralihan tenaga, selain menggambarkan komitmen berterusan Malaysia dalam mencapai agenda net zero menjelang tahun 2050.” kata Fadillah menerusi satu hantaran di halaman Facebook beliau.
Tambahnya, beliau juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Koordinasi Bidang Kemaritiman dan Investasi Republik Indonesia, TYT Bapak Luhut Binsar Pandjaitan; Menteri Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, TYT Bapak Bahlil Lahadalia serta Menteri Sumber Manusia Singapura, Dr. Tan See Leng.
“Malam ini saya akan bertemu dan beramah mesra dengan diaspora Malaysia di Jakarta sekaligus berkongsi mengenai usaha dan inisiatif pembangunan terkini negara terutamanya dalam aspek peralihan tenaga.
Terima kasih Duta Malaysia Ke Indonesia, TYT Dato’ Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin dan pegawai-pegawai kedutaan yang menyambut ketibaan saya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sokaerno-Hatta.” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment