• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Program Dialog: Memasyarakatkan Perlembagaan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024

Spread the love

KUALA LUMPUR, 4 September 2024 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Gabungan Pertubuhan Cina (Huazong) dan Gabungan NGO-NGO India Malaysia (i25) telah menganjurkan Program Dialog: Memasyarakatkan Perlembagaan bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2024.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Puan Saraswathy Kandasami, pada 4 September 2024 di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.

Poster Dialog Perlembagaan

Penganjuran dialog tersebut merupakan langkah penting dalam memberi pendedahan yang komprehensif mengenai Perlembagaan Persekutuan serta meningkatkan kematangan masyarakat dalam menangani isu-isu berkaitan perlembagaan.

“Dengan pemahaman yang jelas tentang apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan itu,
diharapkan kita akan lebih berbangga menjadi rakyat Malaysia dan dapat lebih menghargai dan menghormati golongan masyarakat yang berlainan bangsa, agama dan budaya daripada kita”. kata Saraswathy dalam ucapannya.

Beliau turut menyeru agar semua pihak mengamalkan apa yang dihasratkan oleh Perlembagaan Persekutuan yang merupakan asas kepada perpaduan nasional.

Sesi dialog dimulakan dengan ucaptama yang bertajuk “Hasrat Perlembagaan Malaysia” oleh Prof. Madya Dr. Nazri Muslim dan barisan panel pakar iaitu Prof. Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz, Prof. Datuk Dr. Sivamurugan Pandian, Prof. Wong Chin Huat, dan Prof. Madya Dr. Arnold Puyuk. Moderator bagi sesi dialog ini ialah Ustaz Azlan Nabees Khan.

Turut dilancarkan ialah Modul Latihan Memasyarakatkan Perlembagaan (MLMP).

Ia dibangunkan oleh pakar-pakar perlembagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pertubuhan IKRAM Malaysia, bertujuan untuk meningkatkan literasi perlembagaan dalam kalangan rakyat.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation