Tuntutan palsu Perkeso : KKM tidak akan teragak-agak ambil tindakan.

Spread the love

PUTRAJAYA, 4 September 2024 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum akan penahanan tiga doktor kanan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kartel yang memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Pulau Pinang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, KKM berkata bahawa pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SPRM berhubung penahanan tiga doktor awam berkenaan.

“Di samping itu, Kementerian ini ingin menegaskan bahawa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang elemen penyelewengan kuasa oleh warga KKM serta tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
yang sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan kesihatan awam sentiasa berada pada tahap yang terbaik.” tegas KKM.

Baru-baru ini media melaporkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 32 individu termasuk tiga pegawai perubatan di Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kartel yang dikatakan telah memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di negeri itu.

Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu dan berkata, mereka yang ditahan ialah dua pegawai perubatan kanan hospital kerajaan dan seorang doktor pakar hospital swasta.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation