Saifuddin ke China hadiri Forum Keselamatan Global 2024
PUTRAJAYA, 6 September 2024 – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah berlepas hari ini ke China bagi menghadiri Forum Keselamatan Global 2024 di Lianyungyang City, China.
Menurut satu kenyataan dari pejabat beliau, forum tersebut akan berlangsung pada 8 hingga 10 September, 2024.
Semasa berada di sana, Saifuddin juga dijadualkan untuk mengadakan perbincangan dua hala bersama Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong.
Selain itu, beliau juga akan turut bertemu dengan pelabur antarabangsa untuk perbincangan berkaitan bidang keselamatan.
Be the first to leave a comment