Program Cita Rasa Malaysia (Taste Of Malaysia) @ Dubai 2024: Pengantarabangsaan Barangan Malaysia Melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM)

Spread the love

DUBAI, 7 September 2024 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali telah merasmikan Program Cita Rasa Malaysia (Taste of Malaysia)@ Dubai 2024 di LuLu Hypermarket, Silicon Oasis, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Armizan, UAE merupakan negara yang terpilih bagi pelancaran program yang dianjurkan di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024 dengan kerjasama LuLu Group Retail Malaysia.

Kredit : KPDN

“Program Cita Rasa Malaysia 2024 ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memberi peluang kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk memperkenal dan memasarkan produk mereka terutamanya di rangkaian pasar raya atau pasar raya besar di Malaysia mahupun di luar negara. Kerjasama erat bersama hypermarket asing dalam Malaysia turut dilibatkan bagi tujuan mempromosikan produk PMKS tempatan.

Sebelum program ini dilancarkan, sebanyak 241 Stock Keeping Unit (SKU) barangan buatan Malaysia di bawah promosi KPDN yang memasuki rangkaian LuLu Hypermarket di seluruh UAE dengan nilai jualan sebanyak RM30 juta pada 2023. Ia terdiri daripada 30 buah syarikat tempatan yang mengeluarkan pelbagai produk segar, makanan dan produk penjagaan diri. Pada hari ini, dalam usaha meluaskan pasaran produk PMKS tempatan ke pasaran UAE, sebanyak 44 SKU tambahan dibawa masuk daripada 16 buah syarikat yang terpilih.” kata Armizan.

Kredit : KPDN

Bersempena dengan pelancaran program Cita Rasa Malaysia 2024@ Dubai itu, pihak LuLu Group Retail Malaysia telah memberi penghargaan kepada syarikat lima teratas berdasarkan jualan produk buatan Malaysia di rangkaian Pasar raya LuLu di UAE.

Syarikat tersebut ialah Kawan Food Berhad, Carepro PLT, Chocofac (M) Sdn. Bhd.,Sydney Cakehouse Sdn.
Bhd. dan Hwa Tai Industries Berhad meliputi barangan makanan dan minuman serta produk penjagaan diri.

“Berdasarkan trend nilai eksport makanan proses dari Malaysia yang semakin meningkat sehingga hampir mencecah RM600 juta di UAE pada tahun 2023, dilihat PMKS Malaysia semakin bersedia untuk memasuki
sekali gus bersaing di pasaran global. Bagi tahun 2024, KPDN akan meneruskan kerjasama dengan beberapa rangkaian pasar raya besar bagi tujuan penyenaraian barangan Malaysia ke pasaran luar negara
selain Emiriah Arab Bersatu (UAE) iaitu di Thailand, Jepun dan China.” tambah Armizan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation