Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada jam 5:01 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut
Waktu Kejadian
: 5:01 pagi, 10 September 2024
Koordinat
: 4.3° Utara 126.8° Timur
Lokasi
: Kepulauan Talaud, Indonesia
Magnitud
: 5.6
Jarak
: 35km Timur Laut dari Pulau Talaud,Indonesia
Kedalaman
: 43 km
Maklumat ini merupakan maklumat akhir yang dikeluarkan oleh MET Malaysia berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Be the first to leave a comment