Rai kejayaan berganda dengan merangkul enam anugerah berprestij
KUALA LUMPUR, 11 September 2024 – Zurich Malaysia telah meraih pengiktirafan melalui enam
anugerah berprestij di ‘Insurance Asia News Awards’ dan ‘Asia Insurance Awards’, sekaligus
membuktikan komitmen syarikat terhadap inovasi digital serta inisiatif yang mengutamakan
pelanggan. Penghargaan ini menyerlahkan kepimpinan Zurich Malaysia dalam sektor insurans dan
takaful.
Meraikan kecemerlangan di Insurance Asia News Awards
Zurich Malaysia dinobatkan sebagai ‘Best Life Insurer’, bukti dedikasinya dalam menyediakan
penyelesaian insurans hayat dan takaful keluarga yang terbaik. Fokus syarikat terhadap
kemampanan, penglibatan komuniti, dan penawaran produk yang inovatif telah menjadikannya
berbeza.
Di bawah kepimpinan Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia,
syarikat itu telah mengutamakan keperluan pelanggan dan transformasi digital. Junior melahirkan
penghargaannya terhadap anugerah ‘Outstanding CEO’ yang diterima, dengan berkata, “Anugerah
ini bukan sahaja pengiktirafan terhadap usaha kami yang terdahulu tetapi juga motivasi untuk kami
terus melangkau sempadan. Selain itu, anugerah ini juga adalah untuk 1,500 kakitangan Zurich di
seluruh Malaysia, yang mendedikasikan usaha serta kerja keras mereka dalam meletakkan
pelanggan sebagai keutamaan. Kami akan terus komited untuk menyediakan penyelesaian inovatif
yang memenuhi kepelbagaian keperluan rakyat Malaysia, memastikan mereka dilindungi dan
diperkasa dalam semua aspek kehidupan.”
Dedikasi Zurich Malaysia terhadap perkhidmatan pelanggan terus diiktiraf dengan anugerah
‘Outstanding Claims Management’. Penekanan syarikat terhadap pemprosesan tuntutan yang pantas, adil, dan lancar telah meningkatkan pengalaman pelanggan serta memupuk hubungan
pelanggan yang kukuh.
Membuktikan nilai yang mengutamakan pelanggan di Asia Insurance Awards
Komitmen Zurich Malaysia terhadap inovasi digital merupakan pemacu utama kejayaannya.
Pengenalan sistem Pemprosesan Langsung (STP) telah mengubah cara pelanggan menguruskan
pelan berkaitan pelaburan mereka, membolehkan pelarasan masa nyata dan lebih ketelusan. Inisiatif
ini menggondol anugerah ‘Customer Service Initiative of the Year’, mengiktiraf pendekatan Zurich
Malaysia untuk menjadikan perlindungan lebih mudah diakses dan mesra pengguna.
Tambahan lagi, usaha syarikat dalam menambah baik proses tuntutan insurans perjalanan turut
menerima anugerah ‘Travel Insurance Initaitive of the Year’. Dengan memanfaatkan teknologi
untuk mengurangkan masa pemprosesan tuntutan, Zurich Malaysia memastikan pengalaman yang
lancar dan efisien untuk pelanggan.
Manakala, kempen jenama Zurich Malaysia, “Care For What Matters,” yang meraih anugerah
‘Marketing Initiative of the Year’, menekankan dedikasi syarikat dalam membantu rakyat Malaysia
mengharungi masa yang mencabar. Kempen berkenaan bukan sahaja selari dengan aspirasi
komuniti untuk mencapai masa hadapan yang lebih cerah dan terjamin, malah mencerminkan
pemahaman mendalam Zurich Malaysia terhadap tekanan yang dihadapi oleh individu dan keluarga,
seperti peningkatan kos sara hidup serta tekanan emosi.
Junior Cho, Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia berkata, “Melangkah ke
hadapan, kami akan terus membina kejayaan ini dengan memberi tumpuan terhadap inovasi digital,
pengalaman pelanggan, dan penglibatan komuniti, dengan memastikan keutamaan ini sentiasa di
barisan hadapan dalam landskap insurans serta takaful di Malaysia. Misi kami adalah untuk
menyokong rakyat Malaysia dalam apa jua keadaan, membantu mereka melindungi segala perkara
yang bermakna.”
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment