Harga Petrol RON97 dan Diesel turun lagi

Spread the love

KUALA LUMPUR, 11 September 2024 – Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM3.25 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 15 sen seliter kepada RM3.01 seliter bagi tempoh 12 September 2024 hingga 18 September 2024.

Infografik oleh KPDN

Ini seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan dan juga pengukuhan ringgit.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, Kerajaan telah menurunkan sebanyak 34 sen seliter bagi harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 22 sen.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.” kata MOF.

Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 12 September 2024 hingga 18 September 2024 adalah ditetapkan seperti berikut:

(i) harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 15 sen kepada paras RM3.25 seliter;

(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;

(iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 15 sen kepada paras RM3.01 seliter; dan

(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation