Laporan itu menyerlahkan fokus mantap syarikat itu dalam perkhidmatan kewangan dan insurans di rantau APAC, EMEA dan Amerika Utara
NEW DELHI, India, Sept. 12, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — BUSINESSNEXT yang merupakan penyedia universal penyelesaian perusahaan boleh gubah bagi bank dan perkhidmatan kewangan telah dinobatkan sebagai Pemain Nic dalam laporan Gartner Magic Quadrant 2024 untuk Sales Force Automation Platforms. Platform syarikat itu telah dinilai untuk menentukan tahap komprehensif rangkaian penyelesaian perusahaannya, dengan fokus utama pada keupayaan automasi jualan.
Kedudukan ini telah meletakkan BUSINESSNEXT sebaris dengan 13 vendor utama pada peringkat antarabangsa dalam platform automasi pasukan jualan yang membuktikan pendekatan berfokuskan industri dan penyelesaian canggih syarikat itu bagi menghasilkan penyelesaian termaju. Keupayaan Automasi Pasukan Jualan itu termasuklah jualan berpandu, analisis ramalan dan strategi yang dipacu AI. Dengan kehadiran yang kukuh dalam perkhidmatan kewangan dan insurans di APAC, EMEA dan Amerika Utara, BUSINESSNEXT terus menambah baik platformnya dengan model, visualisasi dan ciri-ciri mudah alih yang dikuasakan GenAI untuk meningkatkan kecekapan operasi.
Kuadran tersebut menyerlahkan kekuatan BUSINESSNEXT dalam pengurusan bakal pelanggan berasaskan pembelajaran mesin, model pemarkahan ramalan serta strategi AI yang boleh disesuaikan. BUSINESSNEXT bercadang untuk memperkenalkan pembantu jurujual pintar dan meningkatkan aliran kerja dikuasakan AI serta pengesahan KYC, yang akan menguatkan lagi sokongan terhadap perniagaan global dalam transformasi digital.
Sushil Tyagi, Pengarah Eksekutif BUSINESSNEXT berkata, “Pengiktirafan daripada Gartner ini menyerlahkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan boleh dikembangkan yang memperkasakan pasukan jualan untuk menlangkaui matlamat mereka sekali gus memenuhi komitmen pengalaman pelanggan dengan amat baik.”
BUSINESSNEXT akan terus memajukan automasi jualan dengan tumpuan yang teguh dalam pembangunan penyelesaian AI khusus natif untuk industri seperti perbankan, insurans, runcitan dan penjagaan kesihatan. Peningkatan akan datang meliputi pelancaran studio WORKNEXT iaitu sebuah platform tanpa kod yang menawarkan alat dikuasakan GenAI untuk ringkasan bakal pelanggan dan reka bentuk aliran kerja serta produktiviti yang lebih baik.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment