AEON komited merancakkan sektor peruncitan di Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 September 2024 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Hajah Fuziah Salleh telah hadir ke Majlis AEON 40Th Anniversary Thank You Dinner bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

AEON Co. (M) Bhd. (dahulu dikenali sebagai JUSCO) meraikan ulang tahun ke 40 penglibatannya dalam sektor peruncitan di Malaysia. AEON mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1984 dengan pembukaan cawangan pertamanya di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Kredit Foto : UKK KPDN

Sejak itu, AEON telah berkembang pesat dan kini merupakan salah satu peruncit utama di negara ini. Sepanjang 40 tahun keberadaan AEON Co. (M) Bhd. di Malaysia, AEON telah mempunyai sebanyak 28 AEON Hypermarket, 25 pasar raya AEON Big, 10 AEON Superstore, 6 MaxValue Prime, 62 AEON Wellness, dan 46 Daiso di seluruh negara. AEON juga mempunyai lebih 11,000 orang pekerja di seluruh negara dan menjadi syarikat dengan jumlah pekerja paling ramai di luar Jepun.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Hajah Fuziah Salleh. Kredit Foto : UKK KPDN

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merakamkan penghargaan kepada AEON yang merupakan salah satu daripada rakan strategik KPDN yang menyokong program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian seperti Progam Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM). Selain itu, AEON turut memainkan peranan penting membuka peluang pasaran produk-produk tempatan ke rangkaian pasar raya AEON di luar negara.” kata Fuziah.

Dalam majlis yang sama, pihak AEON turut menyampaikan AEON Outstanding Partnership Award kepada rakan niaga dan pembekalnya yang menunjukkan potensi, inovasi, pencapaian dan prestasi yang baik selain menyokong usaha kelestarian AEON. Anugerah tersebut terdiri daripada tiga kategori iaitu Pusat Membeli Belah (Mall), Pembekal (Supplier) dan Korporat (Corporate).

“Selain itu, KPDN telah melancarkan inisiatif “Jom Kosong” pada 11 September 2024 yang lalu. Kempen melibatkan operator makanan untuk menawarkan minuman tanpa gula kepada pelanggan bagi membudayakan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan.

Justeru, pihak Kementerian mengalu-alukan penglibatan pihak AEON dalam inisiatif “Jom Kosong” bagi food court di AEON Mall.” kata Fuziah.

Turut hadir di majlis tersebut ialah TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Akio Yoshida, Presiden AEON Co., Ltd. Jepun dan Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation