Hari Malaysia 2024 disambut Meriah

Spread the love

KOTA KINABALU, 16 September 2024 – Lebih 40,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah. 

Tirai acara bersejarah ini dibuka dengan persembahan Tarian Sambut Tamu Heart of Sabah yang memaparkan kepelbagaian kaum di Sabah. Tema “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” juga diterjemahkan menerusi elemen-elemen kreatif pertunjukan hologram dan persembahan bunga api.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim; Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyempurnakan acara simbolik menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2024. 

Upacara memotong kek Hari Malaysia 2024 pula disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima (Dr.) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni.

Kemeriahan acara disemarakkan dengan perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Tahun 2024 dengan membawa Jalur Gemilang yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Penerangan Sabah dan seterusnya upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh Tentera Laut Diraja Malaysia. 

Turut diadakan persembahan “Rumah MADANI Jiwa Merdeka” yang memfokuskan nilai-nilai patriotisme, kemerdekaan dan perpaduan sebagai terjemahan kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia. Persembahan ini melibatkan lima segmen utama iaitu Negaraku, Perpaduan, Dinamik Kemajuan, Transformasi Negara dan Jiwa Merdeka yang diselaraskan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. 

Hadir sama Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Christina Liew Chin Jin merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2024; Menterimenteri Kabinet, kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation