ENCORP BERSAMA JABATAN PENERANGAN NEGERI PAHANG EDAR 1,000 JALUR GEMILANG DI TELUK CEMPEDAK SEMPENA HARI MALAYSIA

Spread the love
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Y.Bhg Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin bersama ENCORP mengedarkan bendera kepada pemandu kenderaan di Teluk Cempedak

TELUK CEMPEDAK, 18 Sept (Bernama) — Encorp Berhad (ENCORP) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah mengedarkan 1,000 Jalur Gemilang kepada pemandu kenderaan dan pengunjung di sekitar Teluk Cempedak pada 14 September 2024. Program Cahaya Malaysia – Kibarkan Jalur Gemilang ini diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia 2024 yang turut melibatkan kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah Kuantan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan serta wakil daripada Komuniti Madani Daerah Kuantan. 

Perasmian program ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Y.Bhg Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin, Ketua Penolong Penolong Pegawai Daerah, Puan Nor Diana binti Ismail diiringi bersama Ketua Jabatan Teknologi & Digital ENCORP, Ts. Mat Akher bin Hassan.

Edaran 1,000 Jalur Gemilang ini adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2024. Ia bermatlamat untuk meningkatkan semangat patriotisme, menggalakkan penyertaan aktif masyarakat, memupuk kesedaran sejarah dan identiti negara, serta mempererat hubungan antara komuniti dan agensi kerajaan.

Pengurusan ENCORP berkata, program ini dilaksanakan bersempena dengan Hari Malaysia yang di sambut pada 16 September pada setiap tahun. Perlaksanaan program ini mencerminkan komitmen ENCORP sebagai pemaju hartanah yang proaktif dalam mengekalkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan para pemegang taruh di Kuantan, seiring dengan progres pembangunan projek pangsapuri servis yang bakal dibina di Teluk Cempedak dan akan menjadi salah satu tarikan pelancongan yang baharu di kawasan ini. 

Kehadiran ENCORP sebagai sebuah syarikat pemaju yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun dalam sektor pembinaan dan pembangunan dan tersenarai di Bursa Malaysia, ENCORP yakin dan percaya bahawa aktiviti sosial seperti pengedaran Jalur Gemilang ini bukan sahaja sebagai simbolik cintakan negara, malah perlaksanaan program ini turut membuka lebih banyak ruang interaksi dan kolaborasi dengan komuniti setempat.

Penganjuran program ini adalah satu anjakan paradigma yang sejajar dengan aspirasi dan inspirasi kerajaan negeri dalam usaha untuk mempromosikan industri pelancongan negeri Pahang yang kaya dengan khazanah alam, adat resam dan budaya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation