GAMIFIKASI DALAM PEMBELAJARAN

Spread the love

Oleh: Sharina Mohd Salleh, Pensyarah dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Pada era globalisasi ini, gadget merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian. Gadget seperti telefon pintar, komputer tablet, dan komputer riba telah mengubah cara kita berkomunikasi, bekerja, dan mendapatkan maklumat.

Bukan sahaja dewasa, malah kanak-kanak juga sudah mempunyai gadjet milik mereka sendiri sejak dari bangku sekolah. Imej anak-anak bermain dengan gadjet sewaktu makan seringkali dilihat di kedai makan mahupun di rumah.

Penggunaan gadjet dengan betul mampu memberikan pelbagai manfaat kepada seseorang individu. Salah satu manfaat terbesar gadget adalah memberikan akses informasi tanpa batas dengan cepat dan mudah hanya dengan menekan butang “Cari”.

Sewaktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dijalankan, gadget merupakan watak utama yang memainkan peranan menjadi pengantara bagi meneruskan sesi pembelajaran bersama pengajar.

Gadget juga memberi pendekatan pembelajaran yang lebih interaktif dan kreatif. Terdapat pelbagai aplikasi dan platform pembelajaran digital boleh digunakan untuk menarik minat para pelajar sewaktu aktiviti pembelajaran dan pengajaran dilakukan. Aplikasi seperti Google Classroom, Kahoot, Genially, dan Quizizz membolehkan tenaga pengajar membuat bahan pengajaran visual dan kuiz berbentuk gamifikasi pendidikan bagi memudahkan proses pembelajaran dilakukan.

Gamifikasi adalah penggunaan elemen reka bentuk permainan dalam konteks bukan permainan tetapi di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan mengintegrasikan pelbagai elemen permainan seperti sistem mata, lencana pencapaian, tahap kesukaran, cabaran, carta kedudukan tangga utama dan pencarian. Teknik gamifikasi mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran malah meningkatkan motivasi para pelajar.

Kajian lepas juga menunjukkan gamifikasi mampu meningkatkan perasan ingin tahu pelajar dalam mengatasi pelbagai cabaran. Ini akan mendorong pelajar untuk mencari lebih banyak maklumat bagi menambahkan pengalaman dan kepuasan diri apabila mereka berjaya melepasi segala halangan yang diberikan di dalam gamifikasi berbentuk quiz tersebut. Lantas membuatkan pelajar merasa teruja dan menantikan sesi pembelajaran yang seterusnya.

Implementasi gamifikasi dalam pendidikan mampu membantu tenaga pengajar berevolusi dan berinovasi sejajar dengan perkembangan pendidikan negara. Justeru, tenaga pengajar perlu berfikiran terbuka, fleksibel dan mempunyai minat untuk memajukan diri bagi meningkatkan teknik mengajar mereka. Ini kerana teknik ini memerlukan pengajar untuk bekerja lebih dari kebiasaan bagi menyediakan bahan mengajaran yang mampu memberi penilaian dan menguji pelajar dengan pelbagai cabaran sambil berhibur secara sihat. Seterusnya, mewujudkan suasa pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation