KUALA LUMPUR, 18 September 2024 – Zurich Life Insurance Malaysia Berhad (ZLIMB) dengan bangganya memperkenalkan Savings Booster, pelan manfaat tambahan (rider) simpanan yang direka khusus untuk individu yang mahukan keselamatan kewangan dengan gabungan unik bagi meningkatkan simpanan dan perlindungan. Rider ini merupakan pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia yang sedang berusaha membina masa depan untuk diri sendiri dan insan yang dikasihi. Apabila digabungkan dengan Zurich Prestige Cover, ia menawarkan penyelesaian yang boleh dipercayai dengan pelbagai manfaat, termasuk ciri jaminan kematangan berganda yang pertama seumpamanya dalam pasaran Malaysia.
Perancangan kewangan boleh menjadi satu tugas yang mencabar, terutamanya apabila berhadapan dengan ketidaktentuan masa depan. Dengan pelbagai produk kewangan yang ditawarkan, ramai merasa terbeban dan tidak pasti jika pilihan mereka adalah tepat. Inilah kelebihan Savings Booster yang menawarkan jaminan pulangan tunai tetap dan jaminan tempoh kematangan, bagi membantu individu menyesuaikan strategi simpanan mereka seiring dengan perubahan hidup.
Rider ini, apabila digabungkan dengan Zurich Prestige Cover, menawarkan lebih daripada sekadar pertumbuhan kewangan, ia turut memberikan ketenangan fikiran. Pelanggan akan menerima bayaran kematangan berganda secara sekali gus, pulangan tunai tetap dan perlindungan jangka panjang. Penyelesaian komprehensif ini direka untuk pencapaian paling penting dalam kehidupan, sama ada untuk membeli rumah, menghantar anak ke universiti, atau memastikan persaraan yang selesa, menjadikannya sebagai penyelesaian ideal untuk perancangan kewangan jangka sederhana dan jangka panjang.
Wakil Sah ZLIMB, Khoo Poh Beng berkata, “Sebagai penyelesaian simpanan pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan manfaat kematangan berganda, gabungan Zurich Prestige Cover dan Savings Booster menetapkan standard baharu dalam pasaran. Dengan ciri-ciri seperti jaminan kematangan berganda, jaminan pulangan tunai dan jaminan perlindungan hayat, pelan ini dapat membantu rakyat Malaysia mengharungi kerumitan perancangan kewangan, memastikan simpanan mereka meningkat dengan stabil dan selamat dalam jangka masa yang lebih panjang. Produk ini
mencerminkan etos jenama kami, ‘Lindungi Segala Perkara yang Bermakna’ dengan menyediakan pertumbuhan kewangan di samping mengekalkan simpanan untuk generasi akan datang.”
Sempena pelancarannya, Zurich Malaysia turut menawarkan Kempen Super Early Bird*, dari 13 hingga 27 September 2024, pelanggan yang mendaftar untuk Zurich Prestige Cover dengan Savings Booster akan menerima tambahan 12.5% jaminan pulangan tunai dalam tahun pertama polisi mereka. Tawaran tempoh terhad bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan awal dengan simpanan yang lebih besar, memberikan mereka permulaan yang baik dalam perancangan kewangan mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Savings Booster dan Zurich Prestige Cover, sila layari laman sesawang rasmi di https://www.zurich.com.my/Insurance-Products/Savings/For-My- Future/Savings-Booster
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment