Sungai Tebrau, Johor Bahru, 21 September 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah merasmikan Sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Sungai Tebrau, Johor Bahru hari ini.
Sambutan HSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang bertemakan “Sungai dan Alur Air Dalam Komuniti Kita” bertujuan meningkatkan kesedaran dan rasa kebertanggungjawaban semua pihak mengenai kepentingan menjaga, memelihara dan melestarikan sungai-sungai di Malaysia.
“Sambutan HSS dimeriahkan dengan kehadiran lebih 2,000 pengunjung. Antara tumpuan sambutan HSS adalah penyampaian Anugerah Khas Sumber Air kepada komuniti-komuniti setempat bagi menghargai usaha masyarakat dalam menjaga dan melestarikan sungai.
Turut diadakan penyampaian Program Sungai Angkat bagi Sungai Tebrau, Anugerah Tesis Sumber Air Terbaik serta Peluncuran Papan Tanda River Address Sungai Tebrau.” kata PETRA.
Sambutan HSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Persekutuan diharap dapat meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan menjaga, memelihara dan melestarikan sungai sebagai sumber air negara serta sama-sama mengambil tanggungjawab dan berganding bahu menguruskan sumber air negara secara lebih strategik dan sistematik.
Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon yang mewakili Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment