• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

EWON TERIMA KUNJUNGAN MENTERI KOPERASI, USAHA KECIL DAN MENENGAH INDONESIA

Spread the love

PUTRAJAYA, 24 September – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan hormat daripada rakan sejawat beliau dari Indonesia, Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Tenten Masduki di sini, hari ini.

Pertemuan tersebut merupakan susulan pertemuan kedua-dua menteri di Jakarta pada tahun lalu.

Kedua-dua menteri membincangkan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Ewon percaya pertemuan tersebut dapat mengukuhkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan yang sudah sedia lama terjalin di antara Malaysia dan Indonesia.

Ewon turut menghargai sokongan Indonesia terhadap usaha Malaysia bagi penubuhan ASEAN MSMEs Centre of Excellence for Green Transition (Green CoE) sepertimana dipersetujui semasa mesyuarat ASEAN Coordinating Committee on Micro, Small and Medium Enterprises (ACCMSME) ke-17 yang lepas.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud dan ketua-ketua agensi KUSKOP.

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI 24 SEPTEMBER 2024  

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation