Fadillah hadir di HSN 2024 Perlis
KANGAR, 12 Oktober 2024 - Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof hadir di Perlis bagi merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2024 (HSN2024) peringkat negeri itu. Kredit Foto : FB rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof Dalam satu hantaran di halaman Facebook rasmi beliau, Fadillah berkata Hari Sukan Negara membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam mengiktiraf kepentingan sukan dalam membentuk masyarakat yang cergas, produktif dan bersatu padu. Ianya telah dijadikan sebagai agenda nasional dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan atau “sporting nation”. "Penganjuran Hari Sukan Negara telah disambut selama sedekad, sejak kali pertama diperkenalkan pada tahun 2015 bertujuan meningkatkan penglibatan aktif rakyat Malaysia selaras dengan strategi yang digariskan di bawah Visi Sukan Negara 2030 dan Kerangka Malaysia Madani. Sejak tahun 2015 hingga 2023, penganjuran Hari Sukan Negara telah mencatatkan penyertaan seramai 36 juta orang. Selain itu, Indeks Budaya Sukan Malaysia […]