PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan penganjuran sulung Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE25) sebagai kejayaan besar buat negara. Kredit Foto FB Rasmi Menteri Dalam NegeriPUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyifatkan penganjuran sulung Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE25) sebagai kejayaan besar buat negara.
Beliau berkata AISSE25 melabuhkan tirainya hari ini dengan kehadiran lebih 5,000 pelawat dari dalam dan luar negara.
“Kita menyaksikan penyertaan daripada 348 syarikat yang mewakili 48 negara. Ini satu angka yang saya anggap membanggakan dengan mengambil kira ini penganjuran sulung.
“Sidang kemuncak ini juga sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai peneraju bagi mempromosikan kerjasama serantau selaku pengerusi ASEAN. Ia juga telah menunjukkan komitmen Malaysia bagi menyatukan negara-negara ASEAN untuk menangani cabaran keselamatan bersama,” katanya.
AISSE25 berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menampilkan pameran teknologi keselamatan canggih dan peralatan daripada syarikat terkemuka dalam industri.
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata AISSE25 akan dianjurkan semula pada tahun 2027 dengan skala yang lebih besar dan impak lebih tinggi.
Beliau juga berkata, teknologi kecerdasan buatan (AI) akan diintegrasikan secara berperingkat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi-agensi bawahnya bermula tahun ini.
Katanya, langkah itu selaras dengan usaha meningkatkan kecekapan, keselamatan dan keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat.
“Selain memperkukuh penyelesaian isu keselamatan dan kawalan sempadan.
“Sebagai permulaan, KDN telah melaksanakan sistem pengecaman wajah menggunakan sistem teknologi AI di pintu masuk sempadan termasuk Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor sejak awal bulan lalu,” katanya.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk media, delegasi, pempamer, penaja, dan penceramah, atas dedikasi mereka dalam menjayakan AISSE25.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment