• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Karnival Komunikasi 2024 buka tirai di Kulai, Johor

Spread the love

PUTRAJAYA, 3 September 2024 – Kementerian Komunikasi akan menganjurkan siri pertama Karnival Komunikasi pada 6 hingga 7 September 2024 di Hutan Bandar Putra, Kulai, Johor yang bakal dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Karnival Komunikasi 2024 merupakan salah satu inisiatif kementerian bagi memberi pendedahan kepada orang awam mengenai kepentingan jalur lebar serta teknologi terkini di samping menarik minat komuniti setempat berkaitan inisiatif yang dianjurkan oleh kementerian dan agensi yang terlibat.

Kredit : FB Karnival Komunikasi

“Menerusi karnival ini, aspek pembangunan rakyat akan menjadi fokus iaitu mempermudah kehidupan, memperluas perniagaan dalam pelbagai platform, meningkatkan pendapatan, memperkasakan kerjaya, memperhebat etika, ekspresi telekomunikasi dan kesalinghubungan sosial serta kemasyarakatan yang positif seiring era globalisasi kini.

Antara aktiviti menarik untuk para pengunjung termasuklah reruai pelbagai syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), permainan digital, cabutan bertuah, sukan rakyat, konsert mini, persembahan muzik dan perkhidmatan secara langsung jabatan serta agensi seperti kaunter bayaran saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Program Jom Exchange Al-Qur’an oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan percetakan setem dengan gambar peribadi oleh Pos Malaysia.” kata Kementerian Komunikasi.

Sebanyak tiga siri karnival akan diadakan pada tahun ini secara kerjasama strategik dengan TM Technology Services Sdn. Bhd. Karnival Komunikasi ini merupakan kesinambungan inisiatif Pelan Promosi Jalur Lebar anjuran kementerian sejak 2015.

Karnival siri pertama ini turut melibatkan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Komunikasi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan, PDRM, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia serta syarikat telco seperti U Mobile, Celcomdigi, Maxis dan YES.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation