Malaysia bersedia lancarkan semula rundingan MEUFTA

Spread the love

KUALA LUMPUR, 5 September 2023 – Malaysia bersedia dalam melancarkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), tertakluk kepada persetujuan EU.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Instri (MITI), ketersediaan itu adalah berdasarkan potensi manfaat yang tinggi kepada perniagaan dan rakyat Malaysia, serta bagi menjamin rantaian bekalan global dalam sektor utama.

“MITI telah memulakan penilaian awal (scoping exercise) pada September 2023 untuk melihat semula langkah-langkah yang perlu diambil agar Malaysia dan EU dapat merapatkan jurang perbezaan antara
pendirian masing-masing berdasarkan rundingan terdahulu. Keputusan daripada kajian awal tersebut telah dibentang dan dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet minggu lalu.

Sebelum ini, rundingan telah dihentikan selama 12 tahun dan walaupun masih terdapat perbezaan dalam beberapa isu, MITI akan berusaha memastikan draf teks Perjanjian ini akan melindungi kepentingan Malaysia dan boleh diterima oleh kedua dua pihak.” kata MITI.

MEUFTA dijangka akan meningkatkan eksport Malaysia bagi produk elektrik dan elektronik; minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, serta peralatan optik dan saintifik ke pasaran Kesatuan Eropah.

“Lebih banyak aliran masuk pelaburan juga dijangka dari Kesatuan Eropah dalam sektor berteknologi tinggi seperti tenaga hijau dan pembuatan termaju, selaras dengan misi yang digariskan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.” kata MITI.

Pada tahun 2023, Kesatuan Eropah merupakan rakan dagang ke-4 terbesar Malaysia selepas Republik Rakyat China, Singapura dan Amerika Syarikat dengan jumlah dagangan bernilai RM206.79 bilion. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2024, jumlah dagangan adalah RM125.87 bilion, peningkatan sebanyak 6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Dari segi pelaburan, setakat 2023, sejumlah 1,323 projek bernilai RM227.9 bilion dengan penyertaan EU telah dilaksanakan, menjana 153,139 peluang pekerjaan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation