Kumpulan Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases dan GTT Mengumumkan Perkongsian untuk Memajukan Pasaran Perkapalan Bahan api LNG

Spread the love

TEMECULA, California, Sept. 07, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group, sebahagian daripada bahagian Perniagaan Industri Nikkiso Co. Ltd. dan GTT hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menjalankan perkongsian bagi menyokong pasaran pengangkutan kargo berkuasa LNG. Perkongsian antara Nikkiso CE&IG dan GTT membawa bersama kejuruteraan dan teknologi terkini untuk pembendungan membran dan sistem proses LNG serta perkakasan, perkilangan global dan kebolehan integrasi teknikal yang terbaik dalam kelasnya.

Teknologi Recycool™ GTT yang dilindungi oleh paten memastikan gas didih-habis (BOG) diperoleh semula dan diuruskan dengan selamat untuk mengelakkan pancaran dan menambah baik kecekapan bahan api. Disepadukan dengan skid pam gas bahan api tekanan tinggi Nikkiso, perkongsian tersebut menawarkan prestasi dipertingkatkan melalui pengekalan kebolehpercayaan, ketahanan dan kecekapan kepada pemilik kapal untuk memberikan pelanggan kelebihan saing di pasaran.

Perkongsian kami bersama GTT dan kepakaran kami yang saling melengkapi memajukan pertumbuhan kedua-dua syarikat di dalam pasaran pengangkutan berkuasa LNG,” ujar CEO Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases, Adrian Ridge. “Kekuatan ini dibuktikan oleh pesanan besar pertama untuk 10 kapal kontena dan kami menjangkakan lebih banyak pesanan pada masa depan.”

Jean-Baptiste Choimet, Ketua Pegawai Eksekutif GTT, berkata: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Nikkiso untuk sokongan dan kerjasama mereka. Dengan kepakaran GTT dalam pengurangan kadar didih-habis melalui teknologi membran, sistem Recycool™ kini menyediakan kapal berkuasa LNG dengan penyelesaian berkesan bagi pengurusan didih-habis dan pengurangan cap kaki karbon mereka. Pengambilan Recycool™ oleh limbungan kapal utama China dan Korea mencerminkan kepercayaan industri dalam penyelesaian ini.”

Nilai perkongsian ini telah pun diakui oleh pemilik kapal besar dengan pesanan daripada sebuah pengendali pengangkutan terkemuka dan berbilang projek yang sedang dirunding untuk pelbagai jenis kapal.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation