• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh di buat di Malaysia sahaja

Spread the love

PUTRAJAYA, 7 September 2024 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan dan cetakan MyKad hanya boleh dibuat di Malaysia sahaja.

Katanya dalam satu kenyataan, rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara perlu kembali ke Malaysia sama ada untuk membuat permohonan MyKad kali pertama (12 Tahun) mahupun gantian MyKad akibat rosak ataupun hilang.

Baru-baru ini tular di sosial media bahawa terdapat projek cetakan MyKad di luar negara.

Justeru, JPN mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar dan meneliti setiap berita yang dibaca dan diterima bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

Untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan maklumat, orang ramai boleh menghubungi JPN di talian 03-8880 7077 atau emel ke pro@jpn.gov.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation