Penjual Shopee Live Malaysia Catat Peningkatan Jualan 6.5 Kali Ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat

Spread the love

Hampir 100 Juta Interaksi Pengguna Pacu Kejayaan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 11 September 2024 – Shopee Live telah menjadi alat perniagaan penting buat penjual tempatan yang memacu peningkatan jualan lebih daripada 6.5 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat berbanding hari biasa. Peningkatan ini dipacu oleh lonjakan trafik pengguna baharu dan tempoh keterlibatan pengguna yang lebih lama – dimana lebih ramai pengguna menyaksikan strim langsung berinteraktif dan menikmati diskaun eksklusif. Dengan aktiviti keterlibatan pengguna yang lebih kukuh, Shopee Live mentransformasikan pengalaman membeli-belah dan membawakan hasil ketara buat penjual.

Selain meningkatkan jualan, Shopee Live juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keterlibatan pengguna di mana 9.9 menarik hampir 100 juta interaksi pengguna dengan pengacara strim langsung yang menghiburkan, rancangan permainan, dan tawaran eksklusif. Ini menunjukkan peranan kukuh Shopee Live yang menghubungkan penjual dengan audiens dengan pengalaman membeli-belah dinamik dan menghiburkan lalu memacu jualan. Antara penjual cemerlang Shopee Live berdasarkan jumlah pesanan adalah ELGINI Apparel, Momohouse, HYGR, Hollywood Motorsport, dan KL Pharmacy.

Penjual Malaysia yang menyertai kempen 9.9 buat pertama kali menyaksikan peningkatan jualan sepuluh kali ganda berbanding hari biasa. Ini menunjukkan komitmen Shopee dalam menyokong usahawan tempatan dan memperkasakan mereka untuk mencapai audiens yang lebih luas, meningkatkan jualan, dan mencapai pertumbuhan ketara dalam pasaran digital.

“Shopee menyaksikan usahawan tempatan mencatat peningkatan jualan lebih daripada 4 kali ganda melalui kempen 9.9 tahun ini. Peningkatan ini dipacu oleh permintaan kukuh terhadap pelbagai kategori produk. Kategori Kesihatan & Kecantikan, Rumah & Gaya Hidup, serta Barangan Runcit & Haiwan Peliharaan muncul sebagai kategori teratas, dengan produk popular termasuk alat solek, termos keluli tahan karat, jersi Muslimah, powerbank, dan masker penjagaan kulit. Trend ini mengetengahkan kepelbagaian keutamaan membeli-belah pengguna Malaysia,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.

Walaupun Lembah Klang kekal sebagai pasaran utama, Shopee juga menyaksikan peningkatan keterlibatan pengguna dari kawasan lain. Lima bandar utama di luar Lembah Klang yang cemerlang berdasarkan jumlah pesanan pada 9.9 Hari Pembelian Hebat adalah Johor Bahru, Kinta, Seremban, Kuantan, dan Melaka Tengah. Keterlibatan yang meluas ini mencerminkan komitmen platform dalam membantu perniagaan tempatan mengembangkan jangkauan mereka ke seluruh negara.

9.9 Hari Pembelian Hebat Shopee membuktikan keupayaan platform ini untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan memacu pertumbuhan jualan. Shopee kekal komited untuk memperkasakan penjual tempatan dan memupuk ekosistem e-dagang yang berkembang maju di Malaysia.


Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation