Oleh : Muhammad Faisal Abdul Aziz
Dalam amanat Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar @shamsulazribakr, kelmarin beliau menegaskan cabaran yang dihadapi adalah isu integriti – kewujudan ‘Napoleon Kecil’, karenah birokrasi, dan mentaliti silo kerana rasa ‘berkuasa & superior’ yang menjadi hambatan kepada usaha menuju reformasi. Beliau turut menggariskan agenda BKR – Bidang Keberhasilan Reformasi.
Ia membabitkan penghayatan Nilai & Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan & Memperkasa Sinergi Awam & Swasta. Bagi kita reformasi perkhidmatan awam ini amat penting kerana mereka adalah nadi kepada pelaksanaan agenda Reformasi. Berbaki tempoh 3 tahun ini, kita mahu melihat hasil penting jangka pendek dari BKR ini.
Tiada lagi struktur Napoleon Kecil, perasaan segolongan ‘lebih superior’ sebaliknya dasar dan pelaksanaannya harus bersifat inklusif dan kebersamaan atas kepentingan rakyat, nila peningkatan nilai integiriti dalam perkhidmatan awam. Integriti serta tatakelola pentadbiran awam adalah untuk kepentingan rakyat terjaga walau ketika apa jua parti politik yang memerintah.
Kami, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) @bersihofficial mahukan political will kerajaan untuk benar-benar laksanakan reformasi ini untuk pelaksaan agenda reformasi yang lain. Jika tidak, kita akan kekal di takuk sama dan tidak akan ke mana-mana.
Muhammad Faisal Abdul Aziz adalah Pengerusi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Beliau juga merupakan bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Beliau boleh dihubungi melalui halaman X @faisalazizfa
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment