CRESS sediakan opsyen lebih luas kepada pengguna korporat, penuhi komitmen ESG

Spread the love

PUTRAJAYA, 20 September 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif grid terbuka menerusi pengenalan Skim Pembekalan Tenaga Boleh
Baharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) pada 26 Julai 2024.

Dalam satu kenyataan media hari ini, PETRA berkata bahawa pelaksanaan Program CRESS tersebut akan menyediakan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna korporat bagi membolehkan syarikat korporat memenuhi komitmen environmental, social and governance (ESG) dalam aspek penggunaan bekalan elektrik hijau melalui konsep akses pihak ketiga.

“Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan khusus sebagai panduan regulatori kepada pihak industri dan berkepentingan yang berhasrat menyertai program CRESS. Garis Panduan Corporate Renewable Energy Supply Scheme ini akan berkuatkuasa mulai 20 September 2024 dan mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun dokumen ini melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga di www.st.gov.my .

PETRA yakin pelaksanaan program CRESS akan menyokong dan menjadi pemangkin pembangunan serta aspirasi peralihan tenaga sektor bekalan elektrik, terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) daripada 26% bersamaan dengan 10.6GW kepada 40% menjelang tahun 2035 dan 70% pada tahun 2050.” kata PETRA.

Tambahnya inisiatif tersebut juga akan memainkan peranan yang penting dalam mengurangkan jejak karbon sektor bekalan elektrik selain mengurangkan kebergantungan sistem bekalan elektrik negara kepada sumber bahan api fosil.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation