SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2024: “SUNGAI DAN ALUR DALAM KOMUNITI KITA”

Spread the love

Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia dengan panjang melebihi 6,650 kilometer merupakan pusat tamadun Mesir selama ribuan tahun. Sungai Amazon, sungai kedua terpanjang di dunia mengandungi biodiversiti yang kaya, hutan hujan terbesar di dunia dan membekalkan sebahagian besar oksigen bumi. Sungai Yangtze, sungai terpanjang di benua Asia memainkan peranan yang besar kepada ekonomi pertanian dan tenaga hidroelektrik China. Sungai Ganges di India bukan sahaja sumber air utama tetapi dianggap suci dan spiritual bagi jutaan manusia yang datang dari segenap pelosok dunia.

Malaysia juga boleh berbangga dengan anugerah sungai yang ada seperti Sungai Rajang yang kaya dengan biodiversiti yang menyokong kehidupan pelbagai spesies ikan dan hidupan liar, dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti dan menjadi nadi kehidupan yang berada di sepanjang laluannya. Namun daripada 189 lembangan sungai utama di Malaysia, hanya sekumpulan kecil sahaja yang masih dikekalkan kemurnian dan kesuciannya. Terlalu banyak laporan pencemaran disiarkan di media utama dan media sosial yang membawa kerisauan kepada rakyat Malaysia kerana kita semua tahu bagaimana pengakhiran sumber air ini akan memberi impak kepada setiap isi rumah dan kehidupan seharian.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024 di Johor Bharu baru-baru ini. Foto oleh AJ Black / LNA

Sambutan Hari Sungai Sedunia anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada 22 September 2024 bukan hanya sekadar sambutan simbolik yang harus diraikan secara serentak di seluruh dunia. Bak kata YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri II yang juga merupakan Menteri PETRA, sambutan peringkat Malaysia tahun ini memberi tumpuan kepada perlindungan ekosistem sungai, pemuliharaan air, dan usaha untuk mengurangkan pencemaran. Di dalam ucapan beliau, PETRA telah memberikan komitmen untuk meningkatkan penjagaan sungai-sungai di Malaysia melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu. Kaedah ini memerlukan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi mencapai objektifnya iaitu “Memastikan Air Mencukupi, Memastikan Air Bersih, Mengurangkan Risiko Banjir dan Meningkatkan Pemuliharaan Alam Sekitar.”

Di peringkat komuniti pula, PETRA ada program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang menggalakkan pembabitan berterusan komuniti setempat, badan bukan kerajaan (NGO) dan badan korporat. Antara focus DSK ini adalah menggalakkan penglibatan orang ramai sebagai sebagai mata dan telinga dalam membantu Kerajaan melaporkan sebarang aktiviti pencemaran sungai.

Pelbagi inisiatif diusahakan oleh pihak Kerajaan namun persoalan yang lebih besar adalah adakah rakyat Malaysia akan menyahut aspirasi PETRA di dalam menjaga dan memelihara anugerah alam yang menjadi nadi kehidupan manusia ini?

Berapa banyak pemain industri yang akan menyahut untuk lebih bertanggungjawab di dalam membuang sisa-sisa industri mereka?

Berapa ramai pemaju dan peneroka tanah akan berhenti mengorek dan merosakkan tebing-tebing sungai?

Berapa ramai masyarakat yang akan berfikir sebelum sewenang-wenangnya mencampak sampah ke dalam sungai di perumahan mereka?

Sukan Olimpik di Paris tahun ini menyaksikan bagaimana Kerajaan Paris membelanjakan lebih 1 billion bagi membersihkan Sungai Seine yang mengalir di tengah kotaraya Paris bagi membolehkan acara sukan diadakan di sana. Bukan sahaja membelanjakan duit yang banyak, imej Kota Paris turut dicemari dengan boikot orang ramai dan insiden kesihatan yang dialami oleh atlet yang bertanding di sungai itu.

Sungai Klang yang berada di tengah bandaraya Kuala Lumpur juga pernah satu ketika dahulu amat tenat dengan pencemaran namun kini perlahan-lahan ianya dibersihkan dan dipulihkan agar ianya lebih menaikkan imej Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia.

Tepuk dada tanya selera, tepuk air di dulang terpercik di muka.

Jangan kita asyik dengan pembangunan teknologi dan ekonomi yang pesat di Malaysia sampaikan lupa memandang bawah kepada sungai yang menjadi nadi kehidupan kita.

Jangan kita asyik melaungkan slogan sayangkan Malaysia, jom kita Bersama realisasikan tema Sambutan Hari Sungai Sedunia 2024, “Sungai dan Alur dalam Komuniti Kita”.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation