• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Permaisuri Mathilde dari Belgium, Putera Harry, Duke of Sussex, Forest Whitaker, Ketua-ketua Agensi PBB dan orang kenamaan lain-lain menyertai pemandiri dan pejuang untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak di New York semasa Perhimpunan Agung PBB

Spread the love

NEW YORK, Sept. 24, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Permaisuri Mathilde dari Belgium, Putera Harry, Duke of Sussex, Forest Whitaker, Ketua-ketua Agensi PBB dan orang kenamaan lain-lain bertemu dengan pemandiri dan pejuang untuk menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak di New York pada Ahad malam (22 September). Mereka berada di New York untuk Perhimpunan Agung PBB yang pemimpin dunia telah berkumpul bagi sesi yang ke-79 (UNGA 79).

Mereka bertemu dengan pemandiri, tokoh masyarakat dan pemimpin Kerajaan dari seluruh dunia termasuk Sweden, Colombia, Zimbabwe, Georgia, Kanada, Iceland, Brazil dan UK untuk membincangkan isu penting di acara kecil-kecilan yang dianjurkan oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus dan diatur oleh Project Everyone bersempena dengan Perhimpunan Agung PBB. Mereka mendengar testimoni pemandiri serta renungan dan komitmen daripada pemimpin.

Perjumpaan bertaraf tinggi ini diadakan beberapa hari selepas pemandiri, pejuang dan rakan sekutu mengeluarkan sepucuk surat terbuka (17 September 2024), yang menuntut tindakan segera daripada pemimpin dunia menjelang Persidangan Peringkat Menteri Global tentang Menghentikan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak yang julung kalinya, yang berlangsung di Colombia pada November ini.

Penandatangan surat tersebut termasuk tokoh masyarakat Forest Whitaker, Shudu Musida dan Will Poulter yang turut menghadiri acara istimewa tersebut.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, satu daripada dua kanak-kanak di seluruh dunia – lebih 1 bilion – mengalami keganasan setiap tahun seperti hukuman dera, buli di sekolah, keganasan dalam talian dan penderaan seksual. Lain-lain bentuk keganasan yang nyata termasuk keganasan berkumpulan, perkahwinan bawah umur dan buruh kanak-kanak.

Bukti menunjukkan penyelesaian cemerlang untuk menghentikan semua bentuk keganasan terhadap kanak-kanak termasuklah menyediakan sokongan keibubapaan, melaksanakan campur tangan berasaskan sekolah, menawarkan perkhidmatan sosial dan kesihatan mesra kanak-kanak, mengamalkan undang-undang perlindungan serta memastikan Internet yang selamat untuk kanak-kanak. Negara yang melaksanakan strategi berasaskan bukti ini boleh mengurangkan keganasan terhadap kanak-kanak sehingga 50%.

Sebagai pengacara, Will Poulter, Pelakon dan Duta Khas bagi program antibuli Anugerah Diana, berkata:
“Keganasan berlaku dalam pelbagai bentuk – kedua-dua fizikal dan psikologikal – dan setiap satu meninggalkan impak berkekalan ke atas sesiapa yang mengalaminya. Dengan satu bilion kanak-kanak di seluruh dunia mengalami keganasan sebegitu, statistik ini adalah mengejutkan tetapi ia mencerminkan kehidupan sebenar dan menjadi tanggungjawab bersama kita untuk memastikan kanak-kanak ini dilindungi”.

Lihat surat penuh tersebut DI SINI.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation