Surat Senarai Status Halal beberapa jenama Restoran Terkenal JAKIM Sah

Spread the love

Oleh : JomCheck

Tular di media sosial satu surat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memaklumkan bahawa beberapa restoran popular tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, Ayam Penyet Best dan Bungkus Kaw Kaw.

Akibat daripada tularnya surat ini hanya dalam bentuk imej tanpa maklumat terperinci tentang sumber atau penerangan yang jelas, timbul pelbagai persoalan daripada pengguna media sosial tentang kesahihan surat berkenaan dan status halal premis makanan yang disebut.

Restoran-restoran terlibat juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara sama.

STATUS: BENAR
PENJELASAN: Surat yang tersebar adalah sahih. Ia dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) apabila diajukan soalan tentang status halal premis yang dinyatakan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation