Oleh : BERSIH dan SUHAKAM
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengecam kenyataan Ketua Polis Dang Wangi, yang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah anjuran Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, yang dijadual pada 25 Januari 2025 ini. Kami mengingatkan Ketua Polis Dang Wangi bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara serta hak berhimpun dan bersuara adalah hak yang dijamin oleh Perlembagaan.
Taktik menggunakan peruntukan-peruntukan kecil seperti tidak cukup pemakluman adalah taktik lapuk yang digunakan untuk mendekam suara rakyat daripada terus dilaungkan. Apatah lagi isu rasuah ini adalah isu besar yang masih membarah dalam negara.
Tidak waras bagi pihak berkuasa yang cuba untuk menghalang himpunan aman ini dijalankan. Apakah sebenarnya yang ditakuti oleh penguasa? Adakah Ketua Polis Dang Wangi keluarkan kenyataan atas desakan mana-mana individu atau menteri dalam kerajaan atau beliau sendiri, kerana kenyataan itu membelakangkan undang-undang yang memberikan kuasa dan hak untuk rakyat mengunakan saluran itu untuk himpunan aman?. Lebih baik pihak berkuasa memastikan agar perhimpunan ini berlangsung dengan aman dan tertib daripada berterusan menggunakan undang-undang untuk menakutkan rakyat berhimpun.
Bersih dan Suaram menyatakan solidariti kepada rakan-rakan daripada Sekretariat Rakyat Benci Rasuah yang akan turun berhimpun secara aman dalam Himpunan Rakyat Benci Rasuah kelak. Ini adalah manifestasi suara rakyat yang tidak lagi ingin isu-isu rasuah membelenggu negara, apatah lagi melibatkan pemimpin-pemimpin politik daripada ceruk dan celah mana pun.
Kami juga ingin menyarankan para menteri yang berada di tampuk kuasa agar bersama nyatakan solidariti bersama himpunan ini. Rakyat berhak berhimpun secara aman walaupun kalian tidak suka. Apatah lagi isu ini adalah isu yang kalian perjuangkan selama ini.
Rakyat akan terus bersuara. Jika dihalang, hanya satu kata; Lawan!
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment