Program Jualan Rahmah (PJR) Aidilfitri dilancarkan seluruh negara, bantu persiapan rakyat sambut hari lebaran
PUTRAJAYA, 5 APRIL 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan Agenda Payung RAHMAH MADANI melalui pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) Aidilfitri sempena sambutan lebaran kali ini bermula pada 4 hingga 9 April 2024. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan media hari ini, PJR Aildilfitri akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal. "Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan, PJR Aidilfitri akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain khusus bagi persiapan menyambut Aildilfitri seperti ayam, daging lembu, beras, rempah-ratus dan sebagainya. Pelaksanaan PJR Aidilfitri ini akan melibatkan sebanyak 302 lokasi berjadual di seluruh negara. Maklumat pelaksanaan PJR Aidilfitri boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah." kata Armizan. Tambah Armizan, sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, KPDN telah melaksanakan […]