Masjid Pertama di Pahang dinobatkan sebagai Masjid Hijau
~ Pencetus kepada pembentukan komuniti yang lebih peka terhadap kelestarian alam sekitar~TEMERLOH JAYA, 9 Julai 2024 (Bernama) -- Masjid Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah dinobatkan sebagai Masjid Hijau pertama di negeri Pahang di bawah program Rumah Ibadat Hijau (RIH) bersempena dengan Karnival Rumah Ibadat Hijau. Masjid ini bakal menjadi mercu tanda amalan mesra alam dan mempromosikan gaya hidup hijau yang mengurangkan pencemaran, terutamanya pelepasan gas rumah hijau. Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) menegaskan bahawa inisiatif di sebalik program RIH adalah untuk menggalakkan gaya hidup yang bukan sahaja memberi manfaat kepada bumi, tetapi juga meningkatkan kesihatan fizikal dan kesejahteraan hidup individu, seterusnya melahirkan masyarakat yang lebih produktif. Antara aktiviti menarik yang dijalankan semasa karnival ini adalah memanah, sepak takraw, larian keluarga ceria, pertandingan mewarna, kutip sampah sambil beriadah, pameran kelestarian alam, dan pameran kenderaan elektrik. Mempromosikan gaya hidup hijau […]