Situasi Semasa Demam Denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 17 (21 April 2024 – 27 April 2024) 3 Mei 2024
KUALA LUMPUR, 3 Mei 2024 (Bernama) - Pada Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,237 kes berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 tahun 2024. Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 52,887 kes berbanding 36,977 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 39 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-17 adalah sebanyak 63 lokaliti berbanding 80 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 63 lokaliti yang dilaporkan, 51 lokaliti di Selangor, empat (4) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Pulau Pinang, dua (2) lokaliti Perak, dua (2) lokaliti di Kedah dan satu (1) lokaliti di Sarawak. Bagi survelan chikungunya, tiada […]