trending_flat

Program ‘Malaysia ICT Volunteer’ (MIV) bersama komuniti di Sarawak

SRI AMAN, 15 Ogos 2024 (Bernama) -- Program 'Malaysia ICT Volunteer' (MIV) bersama Komuniti Sarawak 2024 yang dianjurkan MCMC Negeri Sarawak bertujuan untuk merapatkan jurang dan meningkatkan literasi digital, terutama di kawasan luar bandar.Bertempat di Simanggang, Sri Aman, program itu berjaya menarik seramai 72 orang sukarelawan.Dalam sesi libat-urus, para sukarelawan diberikan pendedahan berkaitan pengenalan MIV, inisiatif-inisiatif MCMC serta tugasan sukarelawan; pemasaran Menggunakan Media Sosial; E-Bayaran oleh Bank Negara Malaysia cawangan Kuching; Perkongsian Produk & Perkhidmatan oleh Pos Malaysia; Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan serta Kemahiran Insaniah iaitu Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi.

trending_flat

Situasi semasa demam denggi di Malaysia Minggu Epidemiologi 31 (28 Julai 2024 – 03 Ogos 2024)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2024 (Bernama) - Pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,515 kes berbanding 2,609 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat lima (5) kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 tahun 2024.  Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 88,255 kes berbanding 71,193 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 78 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding  49 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.  Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-31 adalah sebanyak 95 lokaliti berbanding 96 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 95 lokaliti yang dilaporkan, 75 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, lima (5) lokaliti di Perak, tiga (3) lokaliti di WPKL & Putrajaya, tiga (3) lokaliti di Sabah, dua (2) lokaliti di Kedah dan […]

trending_flat

Dua pelajar cemerlang Malaysia dipilih menyertai program pelajar musim panas CERN 2024 (CSSP) 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2024 (Bernama) -- Dua pelajar cemerlang Malaysia, Nurul Nabiilah Sulaiman, 25, dan Shim Zi Jun, 23, telah terpilih untuk menyertai Program Pelajar Musim Panas CERN (CSSP) di Geneva, Switzerland. Mereka merupakan antara 150 saintis muda dari seluruh dunia yang telah ditawarkan peluang istimewa bagi mengambil bahagian secara aktif dalam operasi harian kumpulan penyelidik yang menjalankan eksperimen di Pertubuhan Penyelidikan Kajian Nuklear Eropah (CERN). Program ini sedang berlangsung bermula 1 Julai hingga 25 Ogos 2024. Nurul Nabiilah merupakan graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Fizik dari Universiti Malaya dan sedang melanjutkan Ijazah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Minat beliau terhadap komuniti dan sains telah mendorong semangat kerjasama dan dedikasinya terhadap pembelajaran yang berterusan. “Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk mewakili Malaysia di CSSP 2024. Ini adalah peluang yang luar biasa bagi merealisasikan impian saya […]

trending_flat

Institut Inovasi Teknologi Emiriah Arab Bersatu (UAE) Merevolusikan Model Bahasa AI dengan Seni Bina Baharu

Falcon Mamba 7B ialah Model Bahasa Ruang Keadaan (SSLM) sumber terbuka no.1 yang berprestasi global, seperti yang disahkan secara bebas oleh Hugging Face SSLM mempunyai kos memori yang rendah dan tidak memerlukan memori tambahan untuk menghasilkan blok teks yang panjang secara arbitrari Falcon Mamba 7B juga mengatasi model seni bina pengubah tradisional seperti Llama 3.1 8B Meta dan 7B Mistral Model baharu menunjukkan inovasi dan pendekatan rintisan Abu Dhabi dalam penyelidikan dan pembangunan AI ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 13 Ogos 2024 (Bernama) -- Institut Inovasi Teknologi (TII), pusat penyelidikan saintifik global terkemuka dan tonggak penyelidikan gunaan Majlis Penyelidikan Teknologi Lanjutan (ATRC) Abu Dhabi, telah melancarkan model bahasa baharu yang besar dalam siri Falcon, iaitu Falcon Mamba 7B. Model baharu tersebut ialah Model Bahasa Ruang Keadaan (SSLM) sumber terbuka no.1 yang berprestasi global di dunia, seperti yang disahkan secara bebas oleh Hugging Face.Sebagai SSLM […]

trending_flat

Bank Muamalat sahut seruan Kerajaan, anjur Program Literasi Kewangan bagi Sektor Pendidikan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2024 (Bernama) - Menyahut seruan kerajaan dan Bank Negara Malaysia bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan belia, Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) dengan kerjasama Emerging Journey Asia Sendirian Berhad (EJAsia) telah menganjurkan program kesejahteraan kewangan dan kesihatan mental di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang pada 10 Ogos 2024. Program yang bertemakan ‘Memperkasakan Kesejahteraan Kewangan Masa Hadapan’ ini turut melibatkan lebih daripada 350 pelajar, ibu bapa dan guru. Ia merupakan salah satu langkah proaktif Bank Muamalat dalam meningkatkan tahap literasi kewangan di peringkat sekolah. Menerusi program ini, pelajar, ibu bapa dan guru bukan sahaja didedahkan dengan ilmu pengurusan kewangan, malah mereka turut diberikan kesedaran mengenai isu kesihatan mental yang berkait rapat dengan kesejahteraan kewangan.  Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, Bank Muamalat menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan belia […]

trending_flat

Dana Pembangunan Arab Saudi Mengumumkan Sambutan 50 Tahun Impak Global dengan Acara Ulang Tahun

RIYADH, Arab Saudi, 8 Ogos 2024 (Bernama) -- Dana Pembangunan Arab Saudi (SFD) akan menganjurkan Makan Malam Gala pada 01 September 2024, di bawah tema Meraikan 50 Tahun Impak Global, memperingati lima dekad memacu pembangunan dan kemajuan global yang mampan. Sejak penubuhan dana tersebut pada tahun 1974, SFD telah menjadi cabang utama pembangunan antarabangsa Kerajaan Arab Saudi, menyokong inisiatif pembangunan mampan di seluruh Afrika, Asia dan Pasifik, Amerika Latin dan Kepulauan Caribbean, serta Eropah Timur. Melalui kerjasama dan perkongsian, usaha SFD membantu negara di rantau yang paling memerlukan di seluruh dunia. SFD juga komited untuk menyokong Negara Termundur dan Negara Pulau Kecil Membangun, mengiktiraf cabaran dan kerentanan unik yang dihadapi oleh negara masing-masing. "Selama 50 tahun, SFD telah bekerjasama dengan komuniti dan rakan kongsi untuk memacu perubahan pembangunan transformatif. Program kami telah menyentuh hampir setiap aspek masyarakat, daripada membina infrastruktur sosial yang penting […]

trending_flat

MAKLUMAN PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2024 (Bernama) -- Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah: Susulan daripada itu, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit. Produk yang mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan. Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation