TALENTCORP RAIKAN KOHORT PERTAMA VETERAN MYWIRA YANG BERALIH KEPADA KERJAYA SEKTOR SWASTA SERTA MENGALU-ALUKAN RAKAN KORPORAT BAHARU
PULAU PINANG, 30 Sept (Bernama) -- Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi strategik dan badan pemikir di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus memberi sokongan terhadap veteran tentera dalam peralihan kerjaya selepas persaraan melalui inisiatif Veteran MyWIRA. Kohort pertama yang bekerjasama dengan Micron Memory Malaysia (Micron) terdiri daripada 25 orang pesara angkatan tentera yang telah menyelesaikan program latihan selama tiga bulan di Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC) dan Pusat Kecemerlangan Walta (Walta COE). Selepas menamatkan latihan, kesemua peserta diambil bekerja oleh Micron secara sepenuh masa sebagai juruteknik dan penyelia dan memanfaatkan pengalaman dan kemahiran mereka yang terdahulu. Ketika Majlis pengiktirafan kohort pertama ini, Menteri KESUMA, YB Steven Sim Chee Keong, menekankan bahawa inisiatif ini sejajar dengan misi strategik 3K KESUMA: Kebajikan, Kemahiran, dan Keberhasilan. “Saya berbangga melihat 25 pesara tentera yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan yang berkualiti dalam sektor swasta melalui inisiatif […]