LAWATAN KERJA PENGERUSI MCMC YBHG TAN SRI MOHAMAD SALIM BIN FATEH DIN KE PULAU PINANG DAN PERLIS
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din telah mengadakan lawatan kerja ke Pulau Pinang dan Perlis bagi memberi fokus kepada usaha memperkukuh infrastruktur komunikasi di kedua-dua negeri tersebut. Dalam lawatan ini, YBhg. Tan Sri Pengerusi telah mengadakan sesi perbincangan yang mendalam bersama wakil-wakil Pejabat Negeri Pulau Pinang dan Perlis bagi mengenal pasti cabaran serta isu-isu semasa yang dihadapi oleh penduduk, khususnya dalam aspek infrastruktur telekomunikasi, kesalinghubungan, dan liputan Internet. Perbincangan tersebut turut memberi tumpuan kepada perkembangan terkini pelaksanaan inisiatif NADI, yang bertujuan memperluas akses dan memajukan ekosistem ekonomi di peringkat negeri. Selain itu, situasi banjir di Pulau Pinang dan Perlis turut dibincangkan, dengan fokus kepada langkah-langkah memastikan kesalinghubungan di kawasan terjejas kekal beroperasi agar penduduk dapat terus berkomunikasi dengan pihak berkuasa dan menerima bantuan. #MCMC