trending_flat

Pelarasan Tarif Air demi Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Perkhidmatan Air Negara

KUALA LUMPUR, 19 Januari (Bernama) -- Pengumuman pelarasan tarif air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada 17 Januari telah menimbulkan pelbagai reaksi dari orang ramai. Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh SPAN, iaitu mulai 1 Februari 2024, tarif air domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan naik secara purata sebanyak 22 sen untuk setiap meter padu.Sebahagian pengguna merasakan ia tidak sepatutnya berlaku ketika ini di mana rakyat sedang menghadapi cabaran ekonomi yang agak ketara. Walau bagaimanapun, ada yang menyetujui pelarasan tersebut memandangkan kos rawatan air yang semakin meningkat. Namun, mereka juga mahu kerajaan menjamin ia akan meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air. Ada juga menyatakan dengan kenaikan tarif air ia boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih berhemah dalam penggunaan air. Hal ini ialah kerana kadar penggunaan air rakyat  Malaysia adalah sebanyak 237 liter per kapita sehari, melebihi kadar saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 180 liter per kapita seorang sehari. Forum […]

trending_flat

Ketua PBB seru semua pihak hentikan konflik susulan pembunuhan Timbalan Ketua Hamas di Lubnan

WASHINGTON, 3 Januari 2024 (Bernama-AA) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa menyeru semua pihak menghentikan sebarang tindakan yang akan meningkatkan konflik ekoran pembunuhan timbalan ketua kumpulan Hamas, Saleh Arouri di Lubnan, lapor Agensi Anadolu. "Setiausaha Agung menggesa semua pihak menghentikan sebarang tindakan dan mengambil langkah segera meredakan ketegangan di rantau itu," kata jurucakap PBB, Florencia Soto Nino pada sidang media. PBB merayu kepada semua anggota masyarakat antarabangsa untuk melakukan segala yang terdaya bagi mencegah peningkatan konflik, kata Nino. "Kami tidak mahu sebarang tindakan terburu-buru yang boleh mencetuskan keganasan selanjutnya," kata beliau. Arouri dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas pejabat Hamas di Mecherfeh, selatan Beirut. Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan itu. Kumpulan Palestin itu mengesahkan Arouri dan dua komander sayap Briged Qassam maut dalam serangan terbabit. Arouri perupakan pemimpin tertinggi Hamas yang dibunuh […]

trending_flat

Radio IKIM kini dikenali sebagai Radio IKIMFM

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengumumkan bahawa bermula Januari 2024, Radio IKIM akan dikenali sebagai IKIMfm. Penjenamaan semula ini bagi menyasar pelbagai golongan pendengar untuk terus mendapat inspirasi dari setiap rancangan yang disiarkan. IKIMfm dengan wajah baharu, turut memperkenalkan tagline baharu iaitu ‘Inspirasi Utama Anda’. IKIMfm membawa strategi kandungan yang mengangkat tema inspirasi kepada semua selepas pelantikan Pengarah Pusat Media IKIM, Tn. Hj. Ahmad Fuad Mat Ali pada bulan lepas. Ahmad Fuad menyifatkan barisan penyampai yang bertenaga dan kandungan rancangan yang lebih segar dengan mengekalkan penyampaian mesej dakwah yang menjadi identiti IKIMfm bagi memacu objektif IKIM dalam menyampaikan kefahaman yang sebenar kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.  Penjenamaan semula menjadi wadah penting dalam penyampaian setiap rancangan IKIMfm dalam usaha meletakkan radio itu sebagai sumber inspirasi kepada para pendengarnya.  Menurut Ahmad Fuad, […]

trending_flat

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2023 (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Mudah tunai dalam sistem konvensional berkurangan kepada RM42.43 bilion daripada RM45.31 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM27.79 bilion daripada RM25.80 bilion. Terdahulu, bank pusat itu menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender repo berbalik dan satu tender Bil-Bil Antara Bank Bank Negara. BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Komoditi Murabahah Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan. Selain itu, BNM turut menyemak semula tender Murabahah semalaman daripada RM25.8 bilion kepada RM27.8 bilion. Pada 4 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional berjumlah RM42.40 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM27.80 bilion, kedua-duanya bagi wang […]

trending_flat

Banjir Landa Dua Lagi Negeri, 28,310 Mangsa Seluruh Negara Setakat 6 Pagi – NADMA

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus meningkat kepada 28,310 orang setakat 6 pagi ini berbanding 25,938 orang petang semalam dengan Johor dan Sabah menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu. Laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang yang dipindahkan ke 89 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam. Di Terengganu pula, jumlah mangsa sedikit menurun kepada 10,103 orang yang berlindung di 113 PPS berbanding 10,199 orang di 125 PPS petang semalam, begitu juga di Pahang yang merekodkan seramai 485 mangsa di sembilan PPS berbanding 590 mangsa di 13 PPS. Selangor kekal dengan empat mangsa yang ditempatkan di PPS daerah Kuala Langat, manakala dua […]

trending_flat

Operasi Mini Dhaka : Tiada Kompromi Terhadap Pegawai, Anggota Polis Terlibat Jenayah

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Tiada kompromi terhadap tiga anggota polis yang ditahan kerana disyaki mencuri sejumlah wang semasa operasi bersepadu di Jalan Silang, baru-baru ini, sekiranya didapati bersalah, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Beliau berkata sepertimana ditegaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini, isu sedemikian tidak timbul, malah pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pegawai atau anggota yang dituduh, sekiranya mereka didapati bersalah. “Kami akan menjalankan siasatan. Siasatan kes itu adalah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan (curi dalam bangunan) dan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan dilengkapkan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, hari ini. Tiga anggota polis itu dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan dan direman pada 23 Dis lalu selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada […]

trending_flat

Ketua Sindiket Dadah antara 10 Individu Ditahan dalam Operasi Khas di Sabah – Ayob Khan

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ antara 10 lelaki ditahan di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek yang berumur lingkungan 36 hingga 48 tahun itu ditahan semalam dalam operasi khas pada 2.30 pagi. Beliau berkata operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). “Sindiket itu dipercayai terlibat secara aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini. Ayob Khan berkata hasil risikan mendapati sindiket itu adalah yang terbesar di Sabah dan mempunyai jaringan pengedaran tempatan dan antarabangsa. “Modus operasi sindiket ini adalah mendapatkan bekalan dadah syabu dari negara jiran untuk diseludup ke pasaran di seluruh Sabah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation