trending_flat

[Galeri] I Am Model Search Mrs International 2024

BALI, INDONESIA - Sekitar majlis I Am Model Search Mrs International 2024 yang diadakan di sini baru-baru ini. Pemenang Utama I Am Model Search Mrs International 2024 Mrs. Nath Saranee - Thailand Pemenang I Am Model Search Mrs International 2024 Kategori Ms. Ms. Thilini - Sri Lanka Pemenang I Am Model Search Mrs International 2024 Kategori Mrs. Mrs. Yae - Jepun Pemenang I Am Model Search Mrs International 2024 Kategori Mrs Classic Mrs. Pupe - Thailand I Am Model Search Mrs International 2024 Pelancongan Antarabangsa Mrs. Christina - Malaysia I Am Model Search Mrs International 2024 Global Antarabangsa Folly Anne - Borneo Malaysia I Am Model Search Mrs International 2024 Duta Mrs. Deblina - India Kredit Foto : Yusri Ibrahim Yusri Ibrahim merupakan jurufoto yang berpengalaman lebih dari 20 tahun. Beliau berupaya mengabadikan detik-detik bersejarah melalui lensa dan setiap fotonya […]

trending_flat

Pembangunan Akademik Melalui Program Pemindahan Ilmu Antara Universiti Dan Sekolah

Oleh : Nik Amalena Najebah Nik Azman Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), universiti-universiti di Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Salah satu inisiatif utama yang telah mendapat perhatian adalah program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer) antara universiti dan sekolah. Program ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah untuk universiti menyumbang kepada masyarakat, tetapi juga sebagai platform untuk memperkasa pembangunan akademik pelajar. Program Pemindahan Ilmu antara universiti dan sekolah bertujuan menghubungkan pelajar universiti dengan pelajar sekolah dalam usaha meningkatkan pembelajaran dan pembangunan akademik kedua-dua pihak. Pelbagai kesan positif dapat dilihat melalui program ini, terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Pertama, program ini membantu mahasiswa mengembangkan kemahiran pengajaran dan komunikasi yang berharga dikalangan mahasiswa. Melalui interaksi dengan pelajar sekolah, mereka belajar untuk menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan, serta meningkatkan kemahiran komunikasi kepada kumpulan umur yang berbeza. Kedua, pemindahan ilmu […]

trending_flat

Permata Pulau Pinang ‘Tan Sri Yussof Latiff’ – Ulang Tahun Ke-94

Oleh : M. Shahrizul Muiz (Zul) Ramai yang mengenali Tan Sri Yussof Latiff melalui pelbagai jawatan rasmi beliau, tetapi secara peribadi, saya melihat beliau sebagai ‘Ayahanda Anak-Anak Yatim’. Beliau telah membina sebuah ekosistem yang menyatukan semua rumah anak yatim di Malaysia di bawah satu payung untuk pemantauan yang berkesan, terutamanya dalam hal pendidikan dan kehidupan anak-anak yatim. Beliau memahami bahawa pertubuhan-pertubuhan anak yatim ini bergantung kepada sumbangan, dan beliau sentiasa memastikan dana yang diterima ini diuruskan dengan baik dan digunakan dengan berhemat, tanpa perbelanjaan yang tidak perlu atau pembangunan berlebihan. Penggunaan sumber yang berkesan ini adalah salah satu ciri utama beliau. Usaha Tan Sri Yussof Latiff sangat penting dalam memastikan rumah anak yatim di seluruh Malaysia beroperasi dengan lancar. Kepimpinan beliau dalam pelbagai projek kebajikan telah membawa impak positif yang besar kepada komuniti - sehingga hari ini pasti akan ada […]

trending_flat

UPSI Perluas Jaringan Pendidikan Antarabangsa di Vietnam

Oleh: Nur Sabrina & Suriati Ismail  Ho Chi Minh City – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) telah mengadakan satu delegasi ilmu ke Ho Chi Minh City University of Technology and Education (HCMUTE) dengan kerjasama Education Malaysia Vietnam and Office of International Affairs. Pengetua KHAR, Dr Che Anuar Che Abdullah berkata lawatan ini bertujuan memperluas jaringan antarabangsa UPSI bersama HCMUTE dalam rangka jalinan perhubungan dua negara melalui pendidikan dan budaya. “Lawatan ilmu ini bukan sahaja memperkaya pengalaman akademik dan budaya tetapi juga memperkukuh hubungan antara dua institusi pendidikan dan berharap ini menjadi langkah awal bagi lebih banyak kolaborasi yang berdampak besar pada masa mendatang,” katanya. Tambahnya lagi, lawatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada mahasiswa UPSI termasuk inovasi dalam teknologi pendidikan, kaedah pengajaran terkini, fasiliti serta infrastruktur dan sumber pembelajaran yang responsif dalam menyokong […]

trending_flat

Kelab Proton Tanjung Malim anjur Piala Liga Pembangunan Bola Sepak Akar Umbi

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi TANJUNG MALIM – Program pembangunan akar umbi bola sepak di Daerah Muallim semakin meriah apabila Kelab Proton Tanjung Malim menganjurkan Kejohanan Liga Pembangunan Bola Sepak Piala Presiden Kelab Proton Tanjung Malim. Kejohanan berlangsung pada 3 dan 4 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Sukan Proton yang melibatkan pasukan bola sepak bawah 12 tahun. Menurut Hassan Subli, Presiden Kelab Proton Tanjung Malim menyatakan bahawa penganjuran kejohanan ini adalah salah satu inisiatif untuk membangunkan sukan akar umbi dapat terus berkembang dan menjadi platform terbaik untuk mencungkil potensi serta bakat kanak-kanak dalam arena sukan bola sepak. “Kita menganjurkan kejohanan ini untuk memberi ruang kepada anak-anak khususnya daerah Muallim untuk menunjukkan bakat mereka sekaligus menaikkan lagi semarak sukan dalam masyarakat untuk bersama membangun kecemerlangan bola sepak Muallim,” katanya. Turut hadir merasmikan kejohanan, Hj Rodzal Had selaku Ketua HRBP Proton […]

trending_flat

Adakah Teknologi AI Memberikan Kebaikan atau Keburukan?

Oleh Nur Hidayah Binti Rahmat & Nuraimiza Dhaniyah Binti Abd Rahim Apakah itu teknologi AI? Teknologi AI dari Artificial Intelligence atau juga dikenali sebagai Kecerdasan Buatan. Teknologi ini merupakan kecerdasan yang dimiliki suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mempunyai kesamaan dalam pemikiran manusia serta mampu melakukan tugas dan fungsi yang mirip seperti manusia. Teknologi AI cenderung digunakan secara khusus dalam tugas-tugas tertentu. Adakah teknologi AI ini mempunyai kesan yang lebih baik dalam bidang pendidikan ataupun sebaliknya? Hal ini dapat dibuktikan dengan penulisan akhbar yang mengkhususkan teknologi AI dalam bidang pendidikan serta membincangkan kebaikan dan keburukannya terhadap masa depan sistem pendidikan kita. Dalam era digital yang semakin berkembang pesat, teknologi kercerdasan buatan (AI) telah menjadi sebahagian penting dalam pelbagai bidang termasuk bidang pendidikan. Penggunaan AI dalam sektor pendidikan menawarkan pelbagai kebaikan yang mampu meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. Sebagai contoh, […]

trending_flat

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

“Mamak.. teh tarik satu, tapau” Komposisi ayat mudah yang menggabungkan bahasa kaum yang majmuk di Malaysia dan sering kita gunakan tanpa kekok di semua lapisan masyarakat, malah juga di kalangan anak-anak kecil. Mungkin ada yang melihat konteks penggunaan bahasa “rojak” ini sebagai rutin biasa, namun tanpa kita sedari semangat meraikan kepelbagaian kaum juga ini dapat kita lihat di dalam pergaulan seharian rakyat Malaysia, samada di peringkat persekolahan, ruang pekerjaan malah di dalam komuniti dan masyarakat. Bukanlah satu pemandangan luar biasa apabila  kita melihat interaksi antara pelbagai bangsa dan agama yang mesra di Malaysia ini, malah turut menjadi pujian pelancong luar negara yang datang ke sini. Semangat kepelbagaian ini adalah tunjang kepada perpaduan di Malaysia yang telah disemai sejak dahulu lagi dan melalui semangat ini jugalah yang telah mendorong Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation