Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang
PAHANG, 28 November 2022 - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyambut baik gagasan baharu kerajaan Negeri Pahang yang merupakan gabungan Barisan Nasional (BN) dan barisan pembangkang dari Pakatan Harapan (PH). Katanya dalam satu kenyataan hari ini, dinamik tersebut adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. "Menariknya situasi selepas Pilihanraya Umum ke-15 kali ini adalah buat julung kalinya kerajaan negeri yang telah setelah begitu lama diterajui oleh Barisan Nasional, kali ini bergabung bersama barisan pembangkang dari Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu kerajaan. Dinamik ini adalah yang pertama kali terjadi di dalam sejarah lanskap negeri dan ia juga telah terzahir di dalam sejarah lanskap kerajaan persekutuan apabila tiada gagasan politik yang berjaya mempunyai majoriti mudah […]