trending_flat

Kasa Rubia Menggali Kekuatan Rohani Kumpulan Margasatwa

Oleh Kimal , Jurufoto Yusri Ibrahim Margasatwa membuka 2024 dengan single terbaru Kasa Rubia yang ternyata menguatkan lagi signatur bunyian dan muzik Margasatwa yang tersendiri. Kasa Rubia merupakan single pertama daripada album kedua Margasatwa yang bertajuk Seribudaya yang mengandungi 11 lagu dijangka akan rilis pada pertengahan 2024.  Kimal berkata pada asalnya lagu ini disiapkan bersama Allahyarham Tony Alberto / Tony Spider selaku penerbit asal album namun Allah lebih menyayangi beliau dan Margasatwa mengambil masa yang agak lama untuk mencari pengganti beliau dan meneruskan perjalanan merakam album baharu. "Sepanjang perjalanan menghasilkan lagu ini ada antara kami yang telah kematian orang yang tersayang. Maka seluruh jiwa dan raga serta air mata kami telah disertakan bersama lagu Kasa Rubia untuk dijiwai semua peminat kami dan seluruh dunia." Gabungan unsur muzik Pop Klasik dan sentuhan Rock menjadikan karya ini begitu unik dan sangat dinamik […]

trending_flat

Dr Zaliha bincang isu Kampung Setia Jaya bersama TAR College Foundation

KUALA LUMPUR, 28 Disember 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (WIlayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa telah mengadakan perjumpaan bersama wakil dari TAR Education Foundation yang diwakili oleh Tan Sri Lim Keng Cheng dan Datuk Seri Yew Teong Look untuk rundingan isu tanah di Kampung Setia Jaya. Kata Dr Zaliha dalam satu hantaran di halaman X rasminya, beliau dapati perbincangan tersebut merupakan satu perbincangan yang positif dan yakin bahawa isu ini dapat diselesaikan dengan baik setelah tertangguh selama lebih 30 tahun. "Berdasarkan hasil perbincangan tersebut, pihak TAR Education Foundation secara prinsipnya tiada halangan untuk membenarkan penduduk untuk terus berada di Kampung Setia Jaya sementara isu penempatan penduduk diselesaikan. Perbincangan turut memberi fokus kepada isu penggantian rumah kepada penduduk dengan solusi yang terbaik yang akan diperincikan dengan lebih lanjut. Perbincangan susulan akan diadakan bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan seberapa […]

trending_flat

Fitnah : Peguam Nik Nazmi hantar Surat Tuntutan

PUTRAJAYA, 28 Disember 2023 - Sebagai respons terhadap kenyataan fitnah yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin Shaharin (Chegubard), Menteri Sumber Asli dan Kelastarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah mengambil tindakan selanjutnya. Kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, peguam beliau telah menyerahkan Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada Chegubard meminta agar beliau menarik balik dengan serta-merta serta memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah itu. "Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, Kementerian dan Kerajaan Persekutuan. Komitmen kami kekal dalam menegakkan kebenaran dan membetulkan tanggapan serong ekoran tuduhan tidak berasas seperti ini. Dengan berlangsungnya prosiding undang-undang, kami mengesahkan dedikasi kami terhadap ketelusan dan pematuhan kepada proses undang-undang." kata Nik Nazmi. Katanya lagi, siasatan oleh pihak polis ke atas dakwaan Chegubard itu dialu-alukan. Chegubard sebelum ini mendakwa terdapat elemen […]

trending_flat

Palestin : Amerika tidak bermoral untuk bicarakan hak asasi manusia – Muhammad Faisal

KUALA LUMPUR, 26 Disember 2023 - Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Muhammad Faisal Abdul Aziz telah hadir ke Himpunan Kepung Demi Palestin di sini malam tadi. Kata Faisal. himpunan itu penting untuk menunjukkan konsistensi solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin. Beliau turut menyelar tindakan Amerika Syarikat (AS) yang telah menggunakan kuasa veto bagi menidakkan usul Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya berlakunya ceasefire dalam konflik Palestin dan Israel yang masih berlanjutan hingga ke saat ini. "Dua kali di dalam persidangan UN Security Council, AS tanpa malu telah veto apa yang dibawa oleh PBB untuk berlakunya ceasefire. Satu yang memalukan. AS mengaku sebagai badan pengaman dunia, mengaku sebagai polis dunia tetapi sebaliknya adalah penyokong Israel untuk membunuh rakyat Palestin. Jadi hari ini kita konsisten tanpa mengira kaum, tanpa mengira agama, konsisten di atas dasar kemanusiaan kita membantu membela rakyat Palestin. […]

trending_flat

Tolak DNAA kes rasuah jadi keutamaan BERSIH – Muhammad Faisal

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan memberikan keutamaan kepada kempen menolak amalan rasuah dengan menggesa pihak peguam negara untuk tidak lagi memberikan DNAA berkaitan kes rasuah. Selain daripada itu, perkara-perkara lain yang akan menjadi keutamaan perjuangan BERSIH pada tahun hadapan adalah persempadanan semula kawasan pilihan raya dan peruntukan sama rata Ahli Parlimen. "Alhamdulillah baru selesai mesyuarat AJK Pemandu / SC @bersihofficial. Melihat kehadapan 2024 terdapat beberapa isu besar yang perlu diberi keutamaan. Antaranya 1) Kempen tolak rasuah dengan penekanan tolak DNAA untuk kes rasuah, 2) isu persempadanan semula kawasan pilihan raya yg perlu dilakukan dengan adil & seimbang dan 3) CDF - peruntukan pembangunan sama rata untuk setiap ahli Parlimen." kata Pengerusi BERSIH Muhammad Faisal Aziz dalam satu hantaran ringkas di halaman X rasmi beliau. Menerusi DNAA, orang kena tuduh (OKT) boleh dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika […]

trending_flat

Insiden Tanah Runtuh Sungai Ruil, Dakwaan Ajis Sittin berat sebelah – JAKOA

PUTRAJAYA, 18 Disember 2023 – Susulan insiden tanah runtuh yang menjejaskan 17 keluarga Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands pada 12 Oktober lalu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengenal pasti beberapa bangunan kuarters kerajaan/badan berkanun di sekitar kawasan berhampiran selain mengadakan beberapa siri perbincangan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menempatkan mangsa tanah runtuh tersebut. Menurut JAKOA, mangsa terbabit akan ditempatkan sebaik sahaja isu berkaitan kemudahan fasiliti seperti penyambungan bekalan api dan air diselesaikan terlebih dahulu selewat-lewatnya awal Januari 2024. "Bagi tindakan jangka panjang, berdasarkan laporan siasatan awal daripada aspek teknikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) yang dibuat pada awal November lepas mendapati, kerja-kerja baik pulih cerun yang runtuh akan mengambil masa dua (2) tahun dengan peruntukan melebihi RM3 juta. Ini termasuk untuk pengukuhan dan penstabilan cerun-cerun di persekitaran kawasan terjejas yang akan dilaksanakan JKR dan […]

trending_flat

Komen Ahli Parlimen Masjid Tanah kelirukan fakta program MM2H – Tiong King Sing

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing membidas komen Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin terhadap program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) baru baru ini. Kata King Sing melalui satu posting di halaman Facebook rasmi beliau semalam, selain mengelirukan fakta, komen Mas Ermieyati Samsudin tersebut juga telah mencetuskan isu perkauman, sedangkan program tersebut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. "Program 𝗠𝗠𝟮𝗛 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮. 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗠𝗮𝘀 𝗘𝗿𝗺𝗶𝗲𝘆𝗮𝘁𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗽𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗶𝘁𝘂 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮Apa yang beliau cuba sampaikan menerusi provokasi dengan memilih satu negara tertentuTambahan pula, 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗿𝗮 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝘂𝗵𝗶 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗸𝗮𝘁𝗲𝗴𝗼𝗿𝗶 𝗣𝗹𝗮𝘁𝗶𝗻𝘂𝗺 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻 𝘀𝘁𝗮𝘁𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗺𝗮𝘀𝘁𝗮𝘂𝘁𝗶𝗻 𝗧𝗲𝘁𝗮𝗽 (𝗣𝗥). Adakah Mas Ermieyati sengaja melakukan provokasi kaumAdakah Mas Ermieyati cuba merosakkan keharmonian […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation