trending_flat

KPKM akif aksanakan program pembangunan sektor agromakanan di Sarawak

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2023 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) terus aktif melaksanakan program pembangunan dalam sektor agromakanan bagi membantu petani, penternak serta pesawah terutamanya di kawasan pedalaman negeri Sarawak. Menurut Menterinya Datuk Seri Haji Mohamad Sabu ketika menjawab soalan lisan dari Dato Henry Sum Agong [Lawas] di Parlimen hari ini, i bawah Rolling Plan Ketiga (RP3), RMKe-12, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM21.5 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pertanian di negeri Sarawak di mana ia melibatkan seramai lebih dari 1,000 orang petani yang menerima manfaat hasil pelaksanaan program-program tersebut. Di antara projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut: Program Pembangunan Industri Buah-Buahan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya Bau, Lundu, Samarahan, Serian, Siburan, Saratok, Sibu, Selangau, Daro, Subis, dan Lawas; Program Pembangunan Tanaman Sayuran dan Kontan di pelbagai Daerah di Sarawak, antaranya di Samarahan, Asajaya, Simunjan, Gedong, Sri Aman, […]

trending_flat

Nambikkai gesa DBKL ambil tindakan tegas terhadap kegiatan perniagaan tidak sah warga asing di Little India, Brickfields

BRICKFIELDS, 20 September 2023 - Kerajaan digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang menggunakan pas lawatan dan ada yang langsung tidak mempunyai dokumen yang sah seperti passport negara asal dan menjalankan aktiviti menjaja di Brickfields dan di sektar Wilayah Kuala Lumpur. Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato' Dr. Kalai Vanar. Foto oleh Yusri Ibrahim/LNA Di dalam satu sidang media yang diadakan semalam, Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato' Dr. Kalai Vanar tutut mendakwa bahawa warga asing bermaharajalela dan berani mencabar Kerajaan dan undang-undang negara ini. "Mereka menjalankan aktiviti perniagaan dan menjaja di serata tempat di Kuala Lumpur dan di bawah kawalan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Di Little India Brickfields, warga asing daripada wilayah Punjab, India dan Pakistan serta warga Tamil, Telegu dari Selatan India menjalankan aktiviti menjual barangan manisan dan barangan makanan tradisi India dengan meletak meja-meja besar yang diatur […]

trending_flat

Pelaksanaan KBBM memartabatkan barangan Malaysia – Armizan

KOT AKINABALU, 15 September 2023 - Penganjuran Jelajah Mini Karnival Barangan Malaysia 2023 Zon Sabah adalah bertujuan untuk menggalakkan rakyat di Negeri Sabah memberi keutamaan kepada barangan buatan tempatan. Ia juga adalah salah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2023. Terdapat 20 pempamer yang turut sama dalam menjayakan Jelajah Mini KBM 2023 Zon Sabah dengan produk-produk yang dibawakan merangkumi kepelbagaian produk atau kluster yang memperlihatkan keunikan negeri Sabah. Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, pelaksanaan KBBM pada tahun ini adalah langkah tepat Kerajaan melalui KPDN dalam meneruskan usaha bagi memartabatkan barangan Malaysia dikala isu peningkatan kos sara hidup dan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia pada ketika ini. "KBBM ini telah […]

trending_flat

Pentingnya menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran – Anwar

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2023 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan dalam menguasai, mendalami dan memahami isi kandungan Al-Quran. Katanya tanpa kefahaman yang tepat, ia bakal melahirkan dua golongan esktrem iaitu golongan yang mempromosi Islamophobia dan golongan yang melampau dalam agama. Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersma isterinya Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Kredit foto Facebook rasmi Perdana Menteri. "Saya singgung kepentingan menguasai, mendalami dan memahami Al-Quran yang mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk. Tanpa kefahaman yang tuntas, ianya akan mewujudkan kelompok yang dangkal dalam ilmu sekaligus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok yang mempromosi Islamophobia dan lawannya yang melampau dalam agama." katanya menerusi satu hantaran di halaman Facebook rasminya. Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya tidak akan bersikap apologetik dalam mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub […]

trending_flat

Fadhli tidak layak jadi Ahli Parlimen jika bersikap jumud – Zahid

PUTRAJAYA 20 OGOS 2023 - Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari bahawa kemungkinan empat negeri di bawah pentadbiran parti itu menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri adalah bermotifkan politik semata-mata. "Dia ni gila ke apa? Ini bukan soal politik. Sebab soal bendera, soal perayaan Hari Kebangsaan adalah acara Nasional." kata Ahmad Zahid apabila mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Putrajaya hari ini. "Saya fikir jangan dipolitikkan. Saya fikir dia tak layak jadi Ahli Parlimen kalau sikap dia terlalu jumud begitu. Jangan ingat semua perkara boleh dipolitikkan." tegas Ahmad Zahid. Semalam, Ahmad Fadhli dilaporkan berkata, negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan. Beliau berkata, […]

trending_flat

Mosquito Buster: Inovasi membanteras denggi oleh UNITEN

Demam denggi, penyakit berjangkit virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes, merupakan ancaman serius terhadap kesihatan awam di pelbagai kawasan tropika dan sub-tropika di seluruh dunia. Kejadian demam denggi yang telah meningkat secara dramatik di negara kita dalam beberapa tahun terakhir ini memerlukan penyelesaian inovatif bagi menangani penyebarannya secara berkesan. Pemasangan Mosquito Buster di Kelompok Pelajar UNITEN Di Malaysia, kejadian demam denggi tetap menjadi keprihatinan besar kerana laporan terkini menunjukkan peningkatan kes. Dari Januari hingga pertengahan Julai tahun ini, terdapat 63,966 kes demam denggi yang dilaporkan, termasuk 45 kematian, mengikut Kementerian Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa. Angka-angka ini mencerminkan peningkatan mencolok sebanyak 129.2% dalam kes berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, dengan peningkatan sebanyak 136.8% dalam kes kematian. Peningkatan yang mengkhawatirkan dalam kes demam denggi menegaskan keperluan mendesak bagi langkah-langkah kawalan nyamuk yang efektif dan mampan bagi memerangi penyakit yang disebarkan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation