Insiden jurulatih tampar pemain tidak wajar berlaku – Young Syefura
1 JANUARI 2023 - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memandang serius insiden seorang jurulatih lelaki dewasa skuad bola tampar perempuan bawah 14 negeri Melaka yang menampar 2 orang pemainnya ekoran prestasi yang tidak memuaskan di sebuah kejohanan di Johor pada bulan Disember lalu. Young Syefura yang juga merupakan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsayaan berkata perkara sebegitu tidak sepatutnya berlaku dan jika ia telah menjadi satu budaya di dalam mana-mana sukan, ia perlu dihentikan dengan segera. "Kekerasan tidak menjamin prestasi cemerlang seseorang atlet bahkan akan memberikan tekanan kepada atlet tersebut yang akhirnya akan memberikan impak kepada mental beliau. Sukan adalah satu bidang yang sihat. Kita tidak boleh membiarkan budaya begini menular di dalam bidang sukan. Menjadi adat pertandingan ada kalah dan menang. Sebagai seorang jurulatih, beliau sepatutnya menerima apa sahaja keputusan dengan terbuka dan menjadikan ia sebagai satu panduan untuk melatih […]