Pakej Perpaduan khas untuk golongan belia, B40, OKU, warga emas dan veteran ATM serta veteran polis
21 DISEMBER 2022 - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa Pakej Remaja yang ditawarkan sebelum ini untuk remaja berumur 12 hingga 24 tahun telah diperluaskan kepada golongan belia berumur sehingga 30 tahun, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran. Menurut Fahmi dalam satu kenyataan hari ini, mereka akan dapat menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar Internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran pada Februari 2023. "Komitmen Kerajaan ini dizahirkan dengan pelancaran Pakej Perpaduan iaitu Pakej Prabayar Internet Mudah Alih yang bertujuan untuk mengurangkan kos sara hidup golongan sasar untuk memiliki perkhidmatan Internet merupakan utiliti asas yang diperlukan oleh rakyat. Pakej Perpaduan ini disasarkan untuk dinikmati oleh golongan belia, B40, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta veteran polis. Penurunan harga ini meliputi langganan pakej prabayar yang disediakan […]