trending_flat

Kembara RIUH 2023 Selangor dekatkan seni dengan masyarakat

Kembara RIUH 2023 edisi Selangor anjuran Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative), Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan berlangsung pada 28 hingga 30 Julai 2023 di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu dengan sasaran 20,000 pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat. Menurut MyCreative, Kembara RIUH 2023 yang membuka ruang kepada lebih 100 artis dan usahawan kreatif tempatan, diadakan bertujuan mendekatkan seni dengan masyarakat. "Pelbagai aktiviti akan diadakan, seperti persembahan muzik, bengkel kreatif dengan elemen mesra alam dan kelestarian, program kesenian, himpunan permotoran, vendor barangan dan makanan. Ini termasuk 25 gerai makanan yang menawarkan pilihan hidangan Menu RAHMAH berharga RM5.00 dan ke bawah." kata MyCreative. Kembara RIUH 2023 edisi Selangor menampilkan 20 artis terkenal tanah air. Antaranya, Dato’ M. Nasir, Hujan, Dolla, Balan Kash dan SOG.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation