trending_flat

SAMBUTAN HARI SUNGAI SEDUNIA 2024: “SUNGAI DAN ALUR DALAM KOMUNITI KITA”

Sungai Nil, sungai terpanjang di dunia dengan panjang melebihi 6,650 kilometer merupakan pusat tamadun Mesir selama ribuan tahun. Sungai Amazon, sungai kedua terpanjang di dunia mengandungi biodiversiti yang kaya, hutan hujan terbesar di dunia dan membekalkan sebahagian besar oksigen bumi. Sungai Yangtze, sungai terpanjang di benua Asia memainkan peranan yang besar kepada ekonomi pertanian dan tenaga hidroelektrik China. Sungai Ganges di India bukan sahaja sumber air utama tetapi dianggap suci dan spiritual bagi jutaan manusia yang datang dari segenap pelosok dunia. Malaysia juga boleh berbangga dengan anugerah sungai yang ada seperti Sungai Rajang yang kaya dengan biodiversiti yang menyokong kehidupan pelbagai spesies ikan dan hidupan liar, dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan biodiversiti dan menjadi nadi kehidupan yang berada di sepanjang laluannya. Namun daripada 189 lembangan sungai utama di Malaysia, hanya sekumpulan kecil sahaja yang masih dikekalkan kemurnian dan kesuciannya. Terlalu banyak […]

trending_flat

Kibarkan JALUR GEMILANG dengan semangat patriotisme dan bangga! – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Filem “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” yang ditayangkan pada tahun 2022 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM97 juta dalam masa 40 hari tayangan dan filem ini merupakan antara salah satu filem Melayu terbaik yang telah dihasilkan. Semestinya pencapaian ini menjadi kebanggaan buat industri filem Malaysia yang sudah agak lama suram dan yang lebih membanggakan adalah filem ini telah berjaya membawa nama Mat Kilau dan ayahanda beliau, Tok Gajah ke hati rakyat Mal¬aysia tanpa mengira bangsa mahupun agama, terutamanya kepada anak-anak muda. Di kala pawagam-pawagam Malaysia kerap menayangkan filem-filem dari Barat yang sarat dengan pelbagai watak “hero khayalan” yang digilai oleh anak-anak Malaysia, pengenalan “hero original” yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia ini adalah amat menyegarkan dan membawa impak yang lebih mendalam kepada semua rakyat Malaysia. Jika sebelum ini anak-anak Malaysia lebih mengenali nama-nama tokoh-tokoh Barat dan asing yang sering dilaporkan oleh media […]

trending_flat

Seni & Kreatif Jambatan Perpaduan Rakyat Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Baru-baru ini kecoh laporan di media massa mengenai rumah banglo kepunyaan biduanita negara Sharifah Aini yang telah dirobohkan bagi menjalankan kerja-kerja pembangunan premis bangunan pejabat. Malah menurut wakil syarikat pemaju tersebut, CK Tang beliau juga terkejut apabila mengetahui tentang pemilik asal rumah banglo tersebut dan melahirkan rasa kagum dengan reka bentuk asal rumah banglo itu. Sebenarnya perobohan sesuatu premis untuk pembangunan semula bukanlah sesuatu yang pelik, namun perkara ini mendapat perhatian media dan orang ramai kerana bekas pemiliknya adalah Allahyarham Datuk Sharifah Aini, biduanita negara bersuara emas yang dikenali oleh rakyat Malaysia tanpa mengenal bangsa dan peringkat umur, termasuklah wakil syarikat pemaju yang melahirkan rasa kagum dengan koleksi muzik yang ada di dalam banglo tersebut. Lagu-lagu beliau kekal evergreen dan karya dan legasi biduanita bersuara emas ini telah menyatukan rakyat Malaysia melalui bidang seni. “Tepuk amai-amai.. belalang…“ Mungkin sebahagian besar […]

trending_flat

Sukan & Perpaduan di Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Harimau Malaya bakal mengaum di Olimpik Paris 2024! Di sebalik semangat dan kegigihan atlet Olimpik kita membuat persediaan bagi pesta sukan terbesar dunia ini, segelintir rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa dengan rekaan baju seragam dan jersi atlet Olimpik Malaysia yang diperkenalkan beberapa hari yang lalu. Dalam media sosial, rata-rata netizen merasakan bahawa rekaan baju atlet Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 tidak gah dan tidak setara dengan semangat atlet -atlet yang akan mewakili Malaysia di Paris. Penulis membaca kebanyakan komen dan dapat merasakan keghairahan dan semangat bangga rakyat Malaysia untuk menyokong kontinjen Malaysia di Paris kelak. Komen-komen dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris jelas memperlihatkan rasa kecewa mereka dengan rata-ratanya berharap agar pakaian seragam dan jersi atlet Olimpik Malaysia ini akan ditambahbaik. Melihat kepada senario reaksi rakyat Malaysia dalam hal ini sebenarnya membawa satu perasaan bangga di sudut kecil hati penulis […]

trending_flat

Sambutan Hari Raya Aidiladha & Perpaduan di Malaysia – MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA

Imej barisan jemaah Haji ibarat kapas putih mengelilingi Kaabah sering dipaparkan di media konvensional dan media sosial seluruh dunia apabila tiba sambutan Hari Raya Aidiladha dan bagi umat Islam, perkataan yang seiring dengan imej ini adalah kekuatan dan perpaduan. Pada tahun ini, dilaporkan bahawa sejumlah 1,833,164 orang umat Islam berada di Tanah Suci Mekah dimana sekitar 88% daripada jumlah ini adalah jemaah yang datang daripada luar Arab Saudi dan selebihnya adalah jemaah Haji tempatan. Bagi rakyat Malaysia yang sudah biasa hidup aman damai di kalangan masayarakat pelbagai kaum, pergaulan sesama jemaah Haji berbilang bangsa dan negara di Tanah Suci adalah suatu kebiasaan dan sifat toleransi dan adab sopan rakyat Malaysia sememangnya menjadi pujian Kerajaan Arab Saudi dan rakyat tempatan di sana. Baru-baru ini juga tular laporan oleh Indeks Keamanan Dunia 2024 yang menyenaraikan Malaysia menduduki tempat ke-10 sebagai negara paling […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation