PCG MENERUSKAN PROGRAM BE GREEN BUAT TAHUN KEDUA DI INDONESIA
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) menjalankan aktiviti pembersihan pantai dan penanaman bakau baru-baru ini bersama golongan masyarakat di Desa Muara Teluk Naga, Banten, di samping meneruskan program impak sosial utamanya, Be Green, di Indonesia untuk tahun kedua.Aktiviti-aktiviti pada tahun ini mengukuhkan lagi komitmen Syarikat untuk menangani cabaran alam sekitar terutamanya pencemaran plastik dan memperkasakan masyarakat untuk memainkan peranan aktif dalam pemeliharaan alam sekitar.“Pengembangan program Be Green di luar Malaysia menunjukkan komitmen berterusan kami terhadap pengurusan sisa plastik. Apabila digunakan dan dilupuskan secara bertanggungjawab, plastik sebenarnya bukanlah satu masalah; malah ia merupakan sumber yang berharga. Melalui Be Green, matlamat kami adalah untuk memperkasakan lebih ramai individu yang berpengetahuan mengenai plastik dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab, selaras dengan agenda Ekonomi Plastik Baharu PCG. Kami terus berdedikasi untuk memupuk tabiat positif di samping menyumbang kepada pembangunan generasi yang […]