trending_flat

Waspada terhadap SMS yang mengandungi Kandungan Terlarang

CYBERJAYA, 2 Sept 2024 (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 September 2024, arahan larangan terhadap kandungan terlarang dalam mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dikuatkuasakan. Kandungan terlarang ini termasuk pautan (hyperlink), permintaan maklumat peribadi, dan nombor telefon untuk dihubungi (callback number).  Penguatkuasaan ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada risiko penipuan melibatkan perkhidmatan SMS yang sering dieksploitasi oleh penjenayah dengan menyamar sebagai pihak berwibawa, termasuk entiti awam dan swasta, untuk memperdaya orang ramai. Sehubungan itu, MCMC menggesa orang ramai untuk sentiasa berwaspada terhadap SMS yang mengandungi kandungan terlarang tersebut. SMS yang mengandungi elemen-elemen ini wajar dianggap sebagai berisiko tinggi dan berpotensi besar mengandungi unsur penipuan. Orang ramai yang masih menerima SMS sedemikian boleh mengemukakan aduan kepada MCMC melalui laman sesawang aduan.mcmc.gov.my dengan menyertakan maklumat seperti nombor telefon atau kod ringkas penghantar, nombor telefon penerima, lokasi penerimaan, serta […]

trending_flat

Program Microsoft AI Teach Diperluaskan Ke Perak

PERAK, 27 Ogos 2024 (Bernama) -- Satu penganjuran program MCMC Microsoft AI TEACH iaitu pembangunan kapasiti AI kepada warga Perak oleh MCMC dengan kerjasama Digital Perak Corporation Holdings (DPCH) telah diadakan baru-baru ini. Program latihan selama dua hari ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, YB Azlan Helmi bin Helmi. Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memberi banyak manfaat kepada kehidupan rakyat. Teknologi AI, bukan sahaja boleh mengurangkan beban kerja seperti kemasukan data, pengurusan dan penyimpanan rekod bahkan juga menjimatkan masa untuk menguruskan sesuatu operasi. Matlamat program berkenaan adalah untuk memperkasakan peluang kerjaya bagi warga Perak menerusi pemantapan serta pensijilan dalam satu daripada kemahiran teknologi digital Revolusi Industri 4.0, iaitu Kecerdasan Buatan (AI). Para peserta turut akan menerima sijil penyertaan dan sokongan penempatan pekerjaan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selepas tamat latihan dan ini seterusnya memperkukuhkan kemasukan mereka ke dalam ekonomi […]

trending_flat

Talentcorp dan NSDC International Menandatangani MOU Khidmat Nasihat Berhubung Teknologi Bagi Membina Ekosistem Kemahiran Digital Di Malaysia

NEW DELIHI, 22 Ogos 2024 (Bernama) - Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), sebuah agensi dan badan pemikir di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan NSDC International, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Kemahiran Nasional (NSDC) India. Kerjasama strategik ini berperanan sebagai penyelesaian untuk pembangunan kemahiran digital yang bertujuan melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran masa hadapan, sambil memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan India serta inisiatif pembangunan kemahiran di kedua-dua negara. Pertukaran MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Mathew dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif NSDC International, Ved Mani Tiwari telah berlangsung di ibu pejabat NSDC dan disaksikan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Menteri KESUMA, serta rakan sejawatnya Menteri Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan India, YB Jayant Chaudhary. MoU ini melengkapi perjanjian pertama yang telah ditandatangani pada Mac 2023 antara TalentCorp dan NSDC, yang membawa kepada penubuhan MyMAHIR […]

trending_flat

Anwar Kecam Kelemahan Tindakan Antarabangsa Tangani Genosid di Gaza

Oleh Shakir Husain / BERNAMA NEW DELHI, 20 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi kritikan mengenai kurangnya tindakan komuniti antrabangsa dalam menangani kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan menggesa supaya “mesej yang jelas” disebarluaskan, bahawa genosid yang sedang berlaku perlu ditamatkan. Beliau berkata Israel telah melakukan pembunuhan begitu ramai, namun tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa mengenainya. Beliau mengakui ramai yang bercakap menyuarakan pandangan mengenai 'genosid di Ukraine', namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka mengganggapnya sebagai 'kesan peperangan' dan menerimanya begitu sahaja. “Ini benar-benar mengejutkan, dan saya anggap ia sebagai satu hipokrasi.. Hipokrasi ini perlu ditamatkan,” katanya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di sini, Selasa. Anwar kini berada di India untuk lawatan rasmi selama tiga hari bermula Isnin. Terdahulu hari ini dalam […]

trending_flat

Anwar tiba di New Delhi perkukuh hubungan 67 tahun Malaysia-India

NEW DELHI, 19 Ogos 2024 (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu negara India di sini pada Isnin, untuk lawatan rasmi tiga hari bagi mengukuhkan hubungan 67 tahun Malaysia India dan mewujudkan agenda kerjasama pelbagai sektor untuk masa hadapan. Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Palam, di sini pada 9.47 malam (12.17 tengah malam waktu Malaysia). Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Digital Gobind Singh Deo; dan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Steven Sim. Ketibaan Anwar disambut Menteri Kereta Api India V.Somanna, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B.N.Reddy dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Muzafar Shah Mustafa. Acara sambutan rasmi Perdana Menteri yang akan berada […]

trending_flat

PRK Nenggiri: Kemenangan BN Bukti Rakyat Terima Kesepakatan Kerajaan Perpaduan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2024 (Bernama) -- Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri semalam, membuktikan rakyat Kelantan menerima kesepakatan yang terhasil menerusi gabungan Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan itu sebagai penzahiran kepercayaan rakyat yang semakin menyesuaikan diri dengan gelombang perubahan di bawah Kerajaan MADANI, selaras dengan petanda lonjakan ekonomi negara yang semakin berkembang sejak akhir-akhir ini. "Insya-Allah, kemenangan ini menjadi suntikan moral untuk Kerajaan MADANI tekal dalam usaha memelihara kebajikan rakyat dan menjulang kemakmuran negara ke tingkat tertinggi." " katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Menerusi hantaran sama, Anwar juga mengucapkan tahniah kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, 38, atau lebih dikenali sebagai 'Awie' atas kemenangan tersebut. PRK Nenggiri menyaksikan BN berjaya merampas semula kerusi DUN itu selepas Mohd Azmawi Fikri menang dengan […]

trending_flat

Program ‘Malaysia ICT Volunteer’ (MIV) bersama komuniti di Sarawak

SRI AMAN, 15 Ogos 2024 (Bernama) -- Program 'Malaysia ICT Volunteer' (MIV) bersama Komuniti Sarawak 2024 yang dianjurkan MCMC Negeri Sarawak bertujuan untuk merapatkan jurang dan meningkatkan literasi digital, terutama di kawasan luar bandar.Bertempat di Simanggang, Sri Aman, program itu berjaya menarik seramai 72 orang sukarelawan.Dalam sesi libat-urus, para sukarelawan diberikan pendedahan berkaitan pengenalan MIV, inisiatif-inisiatif MCMC serta tugasan sukarelawan; pemasaran Menggunakan Media Sosial; E-Bayaran oleh Bank Negara Malaysia cawangan Kuching; Perkongsian Produk & Perkhidmatan oleh Pos Malaysia; Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan serta Kemahiran Insaniah iaitu Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation