trending_flat

Dato Ir. Alice Jawan Empaling dilantik sebagai anggota MAVCOM terbaharu

11 April 2023 - Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook (Anthony Loke) mengumumkan pelantikan Dato Ir. Alice Jawan Empaling sebagai Anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang terbaharu bagi tempoh 3 tahun, berkuat kuasa dari 28 Mac 2023 hingga 27 Mac 2026. Menurut Anthony dalam satu siaran media hari ini, Dato Ir. Alice Jawan Empaling merupakan Setiausaha Tetap semasa Kementerian Pengangkutan Sarawak sejak 1 Oktober 2022. "Beliau turut memegang beberapa jawatan Pengurusan Kanan dan Lembaga Pengarah di negeri Sarawak termasuk memainkan peranan sebagai Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak, Pengerusi Eksekutif Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak dan Timbalan Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak. Selain pada itu, YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling merupakan Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak 2021." kata Anthony lagi. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim di atas pengesahan […]

trending_flat

Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang akan dilaksanakan

6 FEBRUARI 2023 - Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (Subang Airport Regeneration Plan, SARP) yang disediakan oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (Malaysia Airports) berasaskan hala tuju dasar Kerajaan Malaysia akan dilaksanakan. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, pada 2hb Februari lepas beliau telah membentangkan SARP kepada Jemaah Menteri dan cadangan pembangunan tersebut telah mendapat kelulusan selepas mengambil kira pertimbangan yang teliti. Pembangunan LTSAAS tersebut akan memberi fokus terhadap pembangunan Aerospace Ecosystem, General Aviation/Business Aviation (GA/BA) dan city airport/secondary airport. Sehubungan dengan itu, ekosistem yang akan dibangunkan di LTSAAS melibatkan tujuh (7) komponen i) pusat industri aeroangkasa, ii) pusat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (maintenance, repair and overhaul – MRO), iii) pusat penyelidikan dan pembangunan, iv) operasi penerbangan am (GA), v) operasi penerbangan bisnes (BA), vi) urban air mobility (UAM) dan vii) operasi penerbangan […]

trending_flat

Ketidakstabilan perkhidmatan aerotrain adalah masalah besar di KLIA

SEPANG, 7 JANUARI 2023 - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan lawatan kerja ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memahami keadaan operasi di lapangan. Dalan satu hantaran di Facebook rasminya, Anthony berkata masalah yang paling besar ketika ini ialah ketidakstabilan perkhidmatan aerotrain yang menghubungkan bangunan terminal utama dengan bangunan satelit. Jelasnya, pada ketika ini, hanya satu set aerotrain yang beroperasi kerana set yang kedua menghadapi masalah teknikal. "Pihak pengurusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memang telah memutuskan projek untuk menaiktaraf sistem dan membeli set aerotrain yang baru namun projek itu hanya akan siap dan beroperasi dalam tempoh 24 bulan." ujar Anthony. Tambah beliau, dalam tempoh peralihan sistem itu, beberapa langkah mitigasi sedang dan akan dilaksanakan seperti berikut : 1) Bas shuttle di antara Terminal utama dan satelit akan beroperasi sepanjang masa untuk mengurangkan kebergantungan kepada […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation