Armizan turun padang tinjau pengurusan bencana banjir di Kota Marudu
28 Januari 2023 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali telah berkesempatan melawat PPS yang menempatkan mangsa banjir di daerah Kota Marudu iaitu PPS SMK Tandek yang telah mula beroperasi pada 24 Januari 2023. Bagi episod hujan lebat berterusan kali ini, setakat 27 Januari 2023, daerah Kota Marudu di Sabah adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan merekodkan sebanyak 7,358 mangsa daripada 2,553 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS. Dalam satu kenyataan hari ini, Armizan berkata tinjauan lapangan berkaitan pengurusan bencana banjir amat penting bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh agensi yang bertanggungjawab. Katanya secara keseluruhan, pengurusan bencana banjir di daerah Kota Marudu berjalan dengan baik dengan kerjasama rapat semua agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri. "Seperkara yang menjadi perhatian saya adalah pelaksanaan kali pertama […]