trending_flat

FGV sumbang RM5juta kepada NADMA

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2022 - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menerima sumbangan sebanyak RM5juta daripada Pengerusi FGV Holdings Berhad (FGV), Dato' Dzulkifli Abd Wahab di Parlimen sebentar tadi. Sumbangan tersebut diterima bagi pihak NADMA oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali. Menurut NADMA dalam satu kenyataan hari ini, sumbangan itu amat dihargai, apatah lagi dengan situasi bencana yang melanda di pantai timur semenanjung ketika ini. Sebagai makluman, sehingga jam 12 tengah hari tadi terdapat 65,139 mangsa terkesan banjir yang direkodkan sedang berlindung di 464 Pusat Pemindahan Sementara di seluruh negara. "Sejak beberapa tahun lalu, FGV telah melaksanakan inisiatif membantu rakyat Malaysia dengan memberikan bantuan ketika bencana banjir. Ini termasuk pemberian bantuan semasa dan pasca bencana dalam bentuk wang tunai atau sumbangan makanan melalui FGV Food Relief Bag (FGV FReB) yang mengandungi produk makanan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation