Keluar Sekejap : KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik
11 April 2023 - Rancangan podcast Keluar Sekejap episod "KWSP, Isu Laut China Selatan, Komunikasi Strategik" yang ke udara baru-baru ini memaparkan kritikan dan Pandangan Khairy Jamaluddin (KJ) dan Sharil Hamdan (SH) terhadap isu2 panas semasa kerajaan, juga terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (FF) yang seharusnya berperanan memberi penjelasan tepat kpd masyarakat umum. Beberapa perkara dibangkitkan di dalam episod kali ini iaitu : Satu undi utk KJ, satu undi untuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. KJ menjelaskan isu ini semasa PRU lepas terbukti untuk Pakatan Harapan (PH). FF tidak dapat lagi menyangkalnya kerana Zahid kini bersama PH. KJ dan SH kuat mendokong bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakon (DSIS) dan menganggap DSIS sebagai pencetus pemulihan ekonomi selepas COVID-19. Berjaya mengambil langkah sepatutnya di bawah kementerian berkaitan pada masa itu, bagi memastikan lockdown tidak akan berulang […]